Sungguh Mengejutkan!

p1090028


Sejak sunan pandai berjalan mulutnya jadi berat. Seperti malas... apa yang dimahunya dikatakan: "ma, nak ni..." itu sahaja... jika dulu mulutnya sangat ringan untuk berbicara. Aku menjadi sedih... kerana aku suka melihat karenah anak-anak yang peramah dan manja. Sejak dulu lagi aku memang cinta anak-anak yang petah berkata-kata dengan penuh kemanjaan apabila berhajatkan sesuatu.


Tetapi sunan amat memahami kerisauan di hati mamanya... Dia terus meringankan semula mulutnya. Kini sudah pandai menyebut Satu... Ua... Ga... dan terus Tujuh!  One... Two... Three, A B C dan A Ba Ta.


Apa yang mengejutkan aku ialah adakalanya dia bercakap seperti berbahasa CINA dan KOREA! Contoh bila mahu mengucapkan terima kasih dia menyebut Sye Sye... Aku pening... Aku jarang dah buka cerita cina dan korea... Entah ek! Aku mula keliru... Jika dia bermain sendirian, sebiji cakap macam bahasa cina. Kawan2 aku yang berbangsa cina sekarang dah dok jauh, kalau tak aku boleh tanya diorang... Manalah aku nak cari orang...


Ade sesiapa yang sudi menjalankan kajian bahasa ke atas anak saya?


 

0 Responses