Azam Saya
Setelah melihat website http://www.darwishndarwisya.blogspot.com/ atas cadangan pelawat saya Nora, saya pun bercita-cita dan menanam tekad yang tinggi agar anak saya juga mampu menghafaz al-Quran. Membiasakan terlebih dahulu dengan surah-surah dari juzu' 'amma. Saya sangat bersetuju dengan tindakan Pn. Lina pemilik website tersebut dengan mendedahkan anak-anak multi languange dan membiasakan diri sedari kecil dengan al-Quran.
Sunan kini mampu memahami serba sedikit bahasa arab dan bahasa inggeris. Saya berusaha agar anak saya boleh mempelajari pelbagai bahasa tetapi saya mempunyai kekangan iaitu sudah agak lama meninggalkan dari menguasai bahasa inggeris dan bahasa arab. Oleh itu aku perlu membuat sedikit revision dari kamus dan nota-nota yang ada. Setakat ini, perkatan-perkataan mudah bahasa Arab antaranya:
Ijlis : duduk
Ta'al : Mari sini
To'am : Makan
Sur'ah : Cepat
La : Tidak
Mudah-mudahan Allah memperkanankan hasrat kami untuk menjadikan Ulama' yang serba boleh. Biar dia jadi macam ayah ngah dan ayah teh dia...