Cepatnya Muhammad membesar

p1090150


anak mama yang suka pegi surau dengan papa


p1090149


'melentur buluh, biarlah dari rebungnya'


p1090158


anak-anak akan sentiasa mencontohi tindakan kita


Alhamdulillah hammad membesar dengan sihat dan sempurna. Agak mudah membesarkan sunan... Biar pun sunan tak secomel dan semontel budak lain. Biar pun mama dan papa diuji semasa kelahiran sunan. Biar pun ade botak sikit di sebahagian tempat pada kepalanya kesan operation kecil di kepala semasa baby. Biar pun sunan lambat pandai meniarap, merangkak dan berjalan. Biar pun dia bercakap pelat dan belum fasih menyebut Alif, Ba, Ta dan 1, 2, 3. Tapi dia budak baik dan dengar kata. Budaknya kelakar dan peramah. Mudah menyesuaikan diri dengan kawan2.


Nakal? nakal budak... memanglah ade... tapi dah boleh diharap contoh kemas permainan dan buku dia.. mama nye jarang dah kemas barang dia. Minta tolong ambilkan barang dan buangkan sampah ringan pun dah boleh. Mama larang itu dan ini semua dah faham. Sekarang sunan pun dah suka makan. Mungkin dia baru mengenal erti makanan. Tapi feveret dia still buah!


Walaupun sunan tak sehensem anak2 lain... tapi dialah penyejuk mata kami. Tempat kami mengharapkan doa, semoga sunan menjadi anak soleh.


Kepada sunan dan bakal anak2 kami...


Mama dan papa hanya mengharapkan doa anak yang soleh. Kami tidak mengharapkan kekayaan dan kemewahan. Doa kami semoga semua anak2 menjadi harapan kepada agama dalam mendaulatkan Daulah Islamiah. Segala apa yang mama dan papa usahakan adalah usaha dakwah yang ingin diwarisi oleh kamu sekalian. Mama dan papa tidak mampu mewariskan harta sehingga 7 keturunan, tapi kami berusaha mewariskan warisan dakwah Islamiah untuk seluruh keturunan kita insyaAllah. Semoga Allah memakbulkan hasrat kita semua.


Amin


 Sekian, dari Mama dan Papa

0 Responses