Rumah aku meletup!
Sabtu yang lepas, jam 4.30 petang aku ditinggalkan suami buat 2 jam sahaja kerana suami perlu menyampaikan mesej dakwahnya kepada para pelajar SPM SMK pasir puteh. Biasanya aku dan sunan memang ikut, tapi kebetulan sunan baru sahaja melelapkan mata maka aku batalkan hasrat tersebut. Lagipun, hujan sedang membasah bumi termasuklah rumah yang aku sewa ni... So bye bye lah honey...
4.45 masuk waktu asar. Maka aku berhasrat ingin menunaikan kewajipan aku sebagai seorang muslimah dan mukminah. Hampir sahaja tangan ini menyentuh air untuk mengangkat wudhu' aku ternampak kaki anak aku ter'gedik2' menandakan dia menangis, suaranya tak dengar sebab telinga aku pekak , hujan lebat sangat waktu tu... Maka aku batalkan hasrat ku untuk seketika, aku susukan sunan agar dia terlena semula. Dalam keadaan menanti sunan tido semula, tiba2 aku terdengar satu letupan yang mampu membuatkan gegendang telinga aku pecah! Terkejut! Rumah gelap! Allah! Macam mana ni? Laki aku tak ade... aku nak buat ape? Malang memang tak mengeluarkan bau. Tau2 je aku dengar bunyi meletup yang aku sangka boleh meletupkan rumah aku sekali! Telinga pula pekak dah ni! Entah2 telinga anak aku pon da pekak! Sape nak hantar aku p hospital? Alamak handphone da abis bateri? Aku capai ganggang telefon rumah, eh telefon aku sume guna elektrik sepantas kilat aku ambil telefonku yang lama untuk aku sumbat kat soket telefon! Astaghfirullah! Ini ke yang meletup! Padanlah aku rasa telinga aku macam pekak sebab soket telefon tu atas kepala aku je masa menyusukan sunan. Badan aku menggigil ketakutan... Tak tahu ape yang perlu dilakukan, hujan lebat. Nak pergi rumah jiran, tak jupe payung. Teringat sahabat suami, Ridhuan yang tinggal berdekatan. Aku capai kunci kereta kenari, tawakal meredah hujan lebat . Aku pesan pada sunan sebelum driving: “Adik soleh kan... duduk elok2 yer, klu tak dok elok2 nnti tum (jatuh)” Aku pun drive pelan2,Alhamdulillah selamat.
Aku pun terus tekan loceng 2x, Ridhuan menjengah kepala di muka pintu. Dia buat muka terkejut naga coz aku datang rumah dia dengan sunan tanpa suami. Aku cakap :”RUMAH NURUL MELETUP!!!” “Hah! Ape?” soal dia. “Rumah nurul ade tempat yang meletup..” Aku pening nak cakap ape kat Ridhuan... Badan pun tak abis menggigil, telinga pun pekak lagi... Dia suruh aku masuk, i’m not sure nak masuk ke tak coz honey tak lagi ape yang berlaku, lagi pun aku pun tengah blurr... Akhirnya aku pun masuk, Ridhuan pegi rumah aku untuk tengok ape yang boleh tolong. Aku pun meneruskan hasrat aku yang tergendala seketika tadi iaitu menunaikan Solat Asar.
Alhamdulillah sumenye selamat... Aku dan sunan sihat. Honey pun cakap:”Alhamdulillah ini je yang rosak dan nurul & sunan hidup lagi.” Padahal banyak rosak, mesin fax, computer n kena tukar soket. Aku pun cakap kat honey:”Itulah Alhamdulillah nurul hidup lagi. Kalau tak bang jadi duda x de anak pulak tu...”
Itulah sebabnya aku lambat update blog aku.... Ape pun hari ni sumenye dah OK! Ummi pun ade di rumah aku, dia nak hilang rindu kat sunan. Baru 1minggu dia x jupe sunan... Yelah, sunan kan peramah yang akan menghiburkan sesiapa sahaja...
Dan mulai dari semalam dia dah rajin berjalan. Aku? Happy so much! Alhamdulillah normal anak aku... Janganlah anak aku yang lain ikut dia... Buat aku gusar je...
HAPPY ENDING!