Apakah Dagangku PadaMu Ya Allah

Aku bukan nabi


Persis pun tidak


Aku bukan Ulama’


Seakan ia pun tidak


 


Amalan baikku di mana?


Aku tak tahu


Amalan salah ku ada


Malah selautan dunia mungkin lebih


 


Aku mau syurga


Kerana syurga terlalu indah


Tapi aku takut dan tak sanggup diuji


Amalan ku juga tak tau cukup atau tidak


Terlalu sedikit


 


Aku tak mau neraka


Kerana azab neraka terlalu pedih


Lebih dahsyat dengan apa yang ada di bumi


Tapi setiap hari aku punya dosa


Bagaimana?


 


Ya Allah ampunkan hamba


Lemahnya hamba dalam mentaatiMu


Saat hamba diuji adakalanya tewas


Apakah yang layak buat hamba?


Tapi hamba mencintaiMu


Adakah cinta hamba ini akan berbalas


Kerana hamba adalah hamba yang alpa

0 Responses