Maaflah Lama Menyepi
Wahai sekalian rakyat jelata, maafkan beta kerana lama menyepikan diri. Beta beristirehat kerana kita semua bakal dikurniakan seorang lagi khalifah Allah di muka bumi. Beta sering pening2 dan loya. Beta bersyukur atas kurniaan Allah ini. Semoga dia menjadi pembantu putera sunan hamba dalam menghadapi sebarang kemungkinan dalam menegakkan Daulah Islamiah. Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
(Aku melalut jer.... yelah ade keturunan sikitkan huhu...)
Aku disahkan hamil, belum tau berapa minggu secara mutlak. Secara rambang dah tau dalam 7-8 minggu. Mengandung kali ini agak berbeza semasa mengandungkan sunan. Jika sunan suka western fud, tapi kali ni italian fud pulak. My hubby selalu pening nak carikan makanan untuk aku. Aku kali ni alah dengan ayam, tapi kalau kena masaknya macam pizza ke... aku makan sampai tak muat mulut nak masuk (sebab kebulur). Selalu tak selera makan, cerewet sangat bab makan. Tak kena dengan citarasa, sikit je aku makan. Tapi still makan lagi la...
Lain pula masa mengandungkan sunan, celik mata teringat berus gigi je aku dah takut. Loya dan muntah bila berus gigi. Tapi kali ni, relaks jer... Dulu bau bawang dan nasi yang tengah dimasak, HARAM! Sikit pun aku tak boleh bau. Aku memang masak tak guna bawang. Semua makanan aku goreng jer. Kali ni tak alah pun dengan semua tu, tapi selera tak ade... aku makan buat alas perut jer.
Mengandung kali ni yang tak tahannye, aku kerap sakit perut (macam gastrik) dan pening kepala. Pernah sekali tu, sakit sangat perutnye sampai tak boleh nak jalan coz rasa macam kejang perut. Tapi bila prrrruuuuttt (kintut hehe) ok trus, macam da tak de benda yang berlaku sebelum tu.
Ape2 pun doakan aku selamat, sihat dan anak pun sihat, selamat dan sempurna. Aku bimbang jika mengandung kali ni jadi macam sunan. Tak sanggup.... Sekarang ni aku tak tau nak berhati-hati macam mana, sebab punca semasa mengandungkan sunan bermasalah masih menjadi tanda tanya. Dan sunan masih dianggap sebagai "The Miracle Baby". Semua doktor pakar masih teruja untuk melihat pembesaran sunan kerana setakat ini sunan membesar dengan sempurna dan tiada cacat celanya. Semuanya keajaiban dari Allah untuk kita semua. Aku terlalu bersyukur... terlalu bersyukur... Kerana keajaiban yang milik Allah dapat ku rasai dalam tubuhku sendiri. Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!
Apakah masih punya keajaiban selepas ini untukku?