Dirikanlah solat sayang...
Bagaimana harus aku katakan lagi mengenai solat ini? Seantero dunia yang bergelar MUSLIM sudah mengetahui kewajipan mendirikan solat. Bingung! Tak tahu penjelasan apa lagi yang harus disajikan agar semuanya faham tentang kewajipan ini. Apa gunanya mengaku MUSLIM jika tidak sujud kepada YANG MAHA ESA, yang telah melimpahkan lautan rahmat dan nikmat. Besar dan agung sangatkah kita hingga tidak mahu merendahkan diri, sujud sebagai hamba kepada pencipta, kepada yang memberikan rahmat yang agung kepada kita.
Lihatlah anak kecil ini...
anak ini cemburu melihat ibunya mendirikan solat. dia pun nak solat.
bersungguh-sungguh sujud kepada Allah meskipun belum mengerti ape2...
Solat ye... Azab pedih bagi mereka yang meninggalkannya, terlalu pedih dan azab untuk digambarkan. Alah korang semua tahu, azab meninggalkan solat...