Malangnya Rasulullah s.a.w
Jika nak kira malang antara kita dan Rasulullah s.a.w, pasti malang lagi Rasulullah s.a.w dalam hidupnya. Sudahlah tidak mengenal bapa sejak melihat dunia. Bahkan ketika saat masih mahu bermanja dengan ibunya, ibunya pergi meninggalkan buat selamanya. Hidup tunggal tiada abang, kakak dan adik, menumpang kasih pada sesiapa yang sudi. Bagaimana jika itu yang berlaku pada diri kita atau anak kita?
Jika Rasulullah s.a.w ada pada waktu ini dan jika kanak-kanak itu ada di hadapan kita, apakah reaksi kita? Pastinya kitalah insan yang mahu memberikan kasih sayang kepada baginda. Mengucup, memeluk dan membelai baginda. Betul tak? Terasa malang sungguh anak ini? Terasa diri bertanggungjawab untuk mengasihinya? Meruntun hati kitakan?
Itulah kisah baginda. Terlalu sedih untuk dihayati. Tetapi Rasulullah s.a.w punya jiwa besar lagi kental. Walaupun baginda bernasib malang, tetapi itu tidak dirasakannya. Dia masih merasa betapa kasihnya Allah s..w.t kerana masih memberikannya nikmat hidup, iman, islam, beribadah dan berjuang untuk membuktikan kasihnya pula kepada Allah s.w.t. Hebat! Apakah jika kita melalui situasi seperti baginda, apakah kita masih seutuh dan sehebatnya? Jika AKU? Aku tak mampu meluahkan apa-apa, sedih.... aku tak sehebat itu... kerana itu aku bukan rasul...
Oleh itu, aku menyeru. Aku menyeru dengan sepenuh hati. Kasihilah Rasulullah. Kasihilah dia seperti dia masih bernyawa di alam ini. Ikutilah segala perintah dan larangannya, ikutilah baginda dengan penuh kasih dan sayang seperti baginda mengasihi kita. Rasulullah mengasihi kita dengan mengorbankan darah dan nyawa baginda sendiri, agar kita merasa betapa besarnya nikmat iman dan islam. Maka kita pula? Adakah kita mengasihi baginda, sehebat baginda? Sebarkanlah ke serata dunia tentang nikmat yang kita rasai. Sebarkanlah kasih Rasulullah s.a.w di mana sahaja... Buktikanlah cinta kita.
KAMI MENGASIHIMU SEPENUH JIWA DAN RAGA KAMI, WAHAI KEKASIH ALLAH.
MUHAMMAD BIN ABDULLAH S.A.W