SUSU

Assalamu'alaikum wbt.


Hehe... sekarang dah jarang update kan? Busylah... busy kemas rumah sebab ade tukang sepah, busy cari baju raya (haha baru minggu 1 da sibuk cari baju raya), busy shopping di bazar Ramadhan, busy cari cermin mata mr big bos (coz sunan dah patahkan cermin mata papa tanpa perasaan bersalah!) & contact lens i (mr big bos cerewet dgn design & harga cermin mata, dia sibuk cari yang 'nice' & murah) dan busy macam2 lagilah... I punya busy sampai nak pegi salon rambut pun tak sempat, sampai kak erin (owner NaQueen Beauty & Spa) call i tanya tak nak datang dah ke nurul... mungkin dia ingat aku dah lari pegi salon lain kot. Tak mungkin aku tukar salon tempat lain sebab mahal! Tempat kak erin je yang murah..


Oh ya! Tahniah buat kak Shakilah coz baru je dapat baby girl namanya Nur Qistina 2.8kg 28.08.09 subuh. Dan untuk kak Nur Akmawati bakal bersalin yang tak tau bila baby girl tu nak kuar coz patutnya 29.08.09. Agaknya dia suka stay kat dalam perut je kot sebab boleh melekat je dengan umminye coz kalau da deliver, abes pantang kena tinggal dengan pengasuh (ala bb keluarlah cepat, ummi dan ayah dah tak sabar nak menatap wajahmu yang cute miut).


Kemudian, sempena dengan tahun ramai orang dapat baby ni... aku nak bagi moral support kepada sekalian ibu. Berikanlah susu ibu yer... kalau tak faham in Malay lang, i speak English lang. la sikit walaupon aku ni tak pandaikan... Breastfeeding. Jangan gopoh untuk mengambil jalan mudah iaitu susu botol.


Bukan ape... kesian aku tengok anak-anak kita yang diberikan susu botol i mean susu lembu. Kalau susu ibu di bagi dengan botol tak pe... yelah antumkan bekerja so simpan stok susu ibu, aku bangga melihat ibu yang bersusah payah untuk menyimpan stok susu ibu kerana tidak sanggup memberikan susu lembu. BANGGA SANGAT!


Peringkat awal penyusuan ibu kepada bayi anda, mungkin anda sangka tidak banyak susu dapat dihasilkan. Jangan risau, apa yang Allah anugerahkan kepada kita itu sesuai dengan bayi perlukan. Dan peringkat awal mungkin akan merasa sakit dan ada sebahagiannya di antara kita mengeluarkan darah dan bukan susu. Jangan berputus asa, teruskan juga penyusuan itu dan jangan gabra yer... Kita perlu melihat jauh ke depan dan niat: "aku bersusah payah sekarang untuk memberikan susu ibu dengan harapan aku tidak susah di masa akan datang". Sepanjang penyusuan banyakkan selawat dan amat bagus sekali dengan diiringi bacaan atau mendengar bacaan ayat al-Quran.


Kita semua dah maklum tentang khasiat susu ibu jadi mengapa susu lembu yang menjadi pilihan. Sedangkan bayi itu anak kita, mengapa tidak kita yang memberikan susu yang sememangnya anugerah Allah buat anak-anak kita. Aku pun tak nak berceloteh panjang, aku sendiri pun tak tahu anak yang ke2-3-4 akan datang sama ada aku kuat semangat untuk teruskan susu ibu atau tidak. Apa2 pun kita semua berdoa untuk memberikan susu anugerah Allah ini kepada anak-anak kita. Chayo'2 kuatkan semangat untuk berjuang memberikan susu anugerah Allah ini kepada anak-anak kita!

0 Responses