Tatkala Pakar Motivasi Berbicara

Macam serius jer tajuk aku ari ni... Sebenarnya tak de la serius pun... Aku ketandusan idea sebenarnya... Lagipun sibuk sikit... sebab mesin basuh aku yang fully automatik berjenama SAMSUNG telah SAMSENG dengan aku. Ni yang aku pening... Yelah selama ni i belai tangan i dengan penuh kasih dan sayang... tup tup! Aku kena belasah tanganku yang halus mulus ni dengan menyental sekalian baju! Redha dan pasrah jela...


Aku da start melalut-lalut da ni... macam nak lepaskan geram je ek? tak delah... aku redha... suka je main air sekali sekala... sebenarnya Allah sayang sangat kat aku... dan antum semua jangan jealousla coz Allah memberikan perhatian lebih sikit kat aku... sempena Ramadhan kali ni, Allah nak bagi extra pahala kat aku. Yelah, setiap helai aku berus dan bilas sekalian kain tu dengan iringi selawat... kan pahala... so aku tak merungutlah... Aku pun tak bising with my big bos...


Oh ya! Kembali kepada tajuk. Ni kalau aku masuk semula pidato ni kalah ni... da keluar topik. Tapi disebabkan blog ni aku yang punya... suka ati aku lah kan... Aku sebenarnya nak tunjuk gambar... gambar sape lagi... Model utama aku lah... si budak kenit yang becok tu...


p1070953


inilah pakar motivasi kita


p1070954


nak p mana mr. motivator?


p1070955


inilah motivator dan dai'e yg tgh gian nak berdakwah... ko jumpa kat mana hah sunan mikrofon papa tu? ade ilmu kasyaf gak ker? pening2...


p1070959


ade sape2 yg sudi menjadi mad'u budak kecik nih? Bukan ape... aku memang kesian tengok dia... dia bersemangat nak berdakwah, tapi kat luar rumah tak de sape... yelah hari masih awal pagi, tambahan di bulan puasa ni... orang tido lagi... aku da tak sanggup nak tengok budak ni berdakwah tanpa mad'u... aaahhhh TOLONG!!!


Inilah gelagat anakku. Hari2 aku memperkenalkan Allah dan Rasul kita semua. Hari2 aku berwirid menyampaikan hasrat ku iaitu menjadi hamba Allah yang muqarrabin dan muttaqien.  Aku mahu dia pembela agama, mengembalikan keunggulah khalifah islamiyyah. Itu harapanku. Dan yang pasti itu adalah hasrat semua ibu kepada anak-anaknya... Ya Allah kami mahu menjadikan ENGKAU pencinta agung kami. Ya Rabbul Izzati, kau makbulkanlah segala hasrat kami yang memberi kebaikan di dunia dan akhirat. Amin.


 

0 Responses