Bahagianyer...
Gambar terbaru, lepas solat maghrib malam tadi.
Sunankan kurus sebab dia tak suka makan nasi, ayam dan ikan. Yang dia suka sayur-sayuran, buah-buahan, madu, kismis dan kurma. Hatta sayur mentah macam tomato pon dia suka sangat! Aku pening, dalam hati macam manalah anak aku nak semangat badannya, kesukaannya yang budak2 lain tak suka. Kemudian dia hanya breastfeeding, aku ada usaha campur dengan susu lain (susu soya) pon dia tak nak. Oleh itu, aku mengkajilah serba sedikit tentang bayi.
Rupanya peringkat awal sesetengah bayi memang tak menunjukkan minat kepada makanan. Walaupun peringkat awal dia macam nak terkam je makanan masa kita makan, tapi sebenarnya dia nak main. Oleh itu, peringkat awal bagi sedikit demi sedikit nanti lama2 dia dah kenal makanan dan akan menunjukkan minat untuk makan. Pelbagaikan jenis makanan.
Macam sunan, sekarang dia sudah menunjukkan minat untuk makan. Ini jadual makan sunan:
Pagi: Kek coklat, lempeng, pan cake, nasi goreng, cekodok atau kuih dengan air soya atau air kosong.
Kudapan: Snek seperti buah tembikai atau biskut.
Tengahari: Nasi goreng dengan ayam tandoori atau nasi putih berlauk dengan air kosong.
Petang: Bubur jagung, bubur kacang, pisang goreng, biskut, pan cake, cekodok atau lempeng dengan air milo atau air buah-buahan.
Malam: Mee, Nasi berlauk atau Pasta dengan air kosong atau barli.
Lebih kurang macam nilah jadual makan sunan. Hari2 ade je aku kena masak, tapi time malas beli je kuih2 yang dia suka. Mungkin aku selalu tukar2 makanan, so sekarang dia dah suka makan.
Itulah aku nak bagi tau kepada antum yang belum berkahwin tentang perasaan seorang ibu. Kalau anak tak suka @ tak nak makan jangan sangka ibu yang kelihatan tenang itu sebenarnya tenang yer.. Hakikatnya hati ibu seakan mahu menangis, mencari idea untuk menjadikan anak suka dan gembira. 1001 jalan dicari untuk membahagiakan anak. So, sekarang aku tengah bahagia, sebab sunan bahagia. Pagi tadi dia makan 1 pinggan nasi goreng cina dengan ayam tandoori. Kuantitinya sama dengan jumlah aku makan sahur tadi.
Sekarang sunan sudah menunjukkan pelbagai kemahiran seperti menulis (abis kertas dan buku dia conteng, sampai lantai pun dia nak conteng mungkin dia ingat fungsi lantai sama dengan kertas sebab warna putih! Buku bacaan aku dan suami pun dia conteng!), mengoyak buku (dia mengkaji), berjalan, bercakap (word baru: nci-kunci) dan meniru aksi orang lain seperti bersin, batuk, jaga baby, menari dan macam2 lagi. Sunan ni orangnya kelakar dan peramah tau! Aku selalu pening cari idea supaya dia tak tegur orang sebarangan. Suka ati dia je p mana2 tegur orang... Tapi aku tak pernah marah segala kekreatifan yang tunjuk pada aku dan suami termasuk bila conteng buku kesayangan suami!
Inilah bakat anakku Muhammad Ulhaq!
kat lantai (berbakat sungguh anak aku)
conteng buku yang aku bagi hadiah kat abang. Yang colour tu bukan sunan eh tp mama sunan.. hik hik
speechless... (ceh speaking huahua)
Inilah anak i yang terlebih bakat, mama beli buku untuk baca tapi dia kobeknye buku tu... ape nak jadi?