Sunan dah pandai jalan!

p1070127


Sunan 1 tahun 5 bulan 1 minggu dan 3 hari pandai jalan.


Ada lagi tak kata-kata yang lebih agung dari lafaz ALHAMDULILLAH? Sesungguhnya lafaz ALHAMDULILLAH adalah lafaz yang teragung untuk mengungkap 1, 000, 000, 000 kesyukuran selaku hamba kepada pencipta yang telah memberikan rahmat kepada hamba yang hina ini...


Mengalir air mata ini setelah Allah memberikan aku rahmat yang terindah sekali lagi di hadapan ku. Tak semena-mena sunan berjalan! Aku menangis keharuan. Hamba ini terlalu bersyukur. Biarlah sunan masih jalan dan jatuh tapi ini bermakna dia berkeupayaan untuk berjalan. Aku terlalu bersyukur. Besarnya nikmat Allah ini...


Sunan baru sahaja pulih dari demamnya walaupun batuk dan selsemanya masih berbaki. Aku sebagai ibu, risaulah... pi la ke klinik... alhamdulillah demam biasa dan rupa-rupanya demam nak pandai jalan kot hehe..


Sebenarnya ada banyak lagi nak cerita... pasal walimah jie... pasal sunan suka mengadap komputer tapi esok2lah yer... Kepenatan sebab baru je balik dari honeymoon kat Cameron Highland.


Tapi demi tidak menghampakan korang sume aku uploadkan gambar2 sunan yang aku suruh dia berposing malam tadi. Malam tadi dia belum pandai jalan, tiba2 hari ni dia da pandai. Sungguh mengejutkan... Terima kasih YA ALLAH!


p1070320


Sayang papa leh tu...


p1070324


tak tau gaya ape...


p1070325


iklan gigi


p1070327


p1070328


control macho


p1070329


p1070330


p1070331

0 Responses