Hujung Minggu Yang Bombastik!

p1070183


Jam 3.20 pagi. Kesian abang... tak pe nurul pon tak tido.


Eeeemmmm nak citer macam mana yek? Oklah bermula di terengganu pada hari Jumaat malam Sabtu, aku dan sekeluarga bertolak jam 8 malam untuk meraikan majlis walimah Jie dan sampai di kerteh jam 4 pagi. Aku pun tak tido temankan  abang.


Aku bermalam di rumah tok Hura (isteri jie) bersama keluarga besar ku dari Johor iaitu ummi, ayah, mira, pak long dan emi anaknya, mak ndak bersama razi dan zana, cik tina sekeluarga. Memang meriah dengan ditambah perisa adanya aku yang riuh ni hehe... Kemudian  kami bertolak ke majlis jam 11.40 pagi bersama keluarga ayah ku yang datang dari Dungun (orang ganu sebut dungung betul ke ha?) dan Marang.


p1070202


budak kecit yang kat tengah tu menyibuk jer...


Dalam menunggu sedara dari Marang sampai bosan gak menunggu 1/2jam so aku ambillah gambar orang-orang yang bosan...


p1070214


Jie dan Mira pon bosan ker???


p1070231


Razi dan Harith. Kesian betul aku tengok muka diorang nih...


p1070233


ish budak kecik ni lagi... dengan kakak dia zana.


p1070221


hehe ngelat... dok dalam kereta ade aircond...


p1070220


owh abang tolong jagakan sunan tido... tq sayang!


Lebih kurang jam 12.30 kami pun bertandang ke rumah pengantin perempuan...


p1070238


p1070245


Hantaran jie kepada hura


p1070257


Hantaran hura kepada jie


p1070272


Selamat pengantin baru.


Setelah selesai kami pun berangkat pulang dan aku ke kampung abang di Marang. Kemudian pulang ke Ipoh pada hari Ahad.


Tetapi... Tiba-tiba... perancangan berubah. Memandangkan abang p sekolah petang kami membuat keputusan untuk ber'honeymoon' dulu di Cameron Highland sebab dah terlanjur lalu. Cameron Highland ni dulu macam kampung kedua aku masa mengandung, sebab tak tahan panas. Pasal Cameron ni inshaAllah ariflah juga. Aku sekarang bercita-cita nak beli aset di Cameron, rumah ke... tanah ke... memandangkan kami ni kerap juga naik ke sini. Di Cameron tak de banyak perkara nak cerita... Cuma gelagat sunan je la... Gambar semalam tu la...


p1070358


Subuh di Cameron. Sejuk... Bohonglah kalau orang kata tak sejuk time ni. Kalau kata tak sejuk... sila2 lah buat solat taubat hehe...


p1070377


Kat depan Hotel Irish. Memang best dok hotel ni di samping hargenye murah!


Sekian terima kasih!


 

0 Responses