Nak anak cantik?

sunan-20hr

Begitu ramai bakal-bakal ibu begitu teruja untuk mendapatkan anak yang cantik, begitulah juga dengan saya. Semasa mengandung saya membaca banyak buku dan majalah, tidak kira berkaitan dengan saya atau pun tidak. Saya telah menghabiskan masa dan wang saya dan suami dengan buku. Kemudian saya terjumpa buku yang berkaitan kesihatan iaitu berkaitan makanan yang sihat mengikut cara Rasulullah s.a.w. Apa yang saya jumpa ialah biasanya ibu orang-orang lama mengandung tidak begitu menggalakkan memakan buah tembikai merah, tetapi apa yang saya dapati sebaliknya pula bahkan digalakkan kerana bukan sahaja buah tembikai kaya dengan air tetapi mampu memberikan impak kepada anak yang dikandungkan. Eeeemmm saya rasa mungkin ada benarnya... Dikatakan anak yang menjadi cantik paras rupa dan akhlaknya. InshaAllah
1 Response
  1. dzulma Says:

    ye ke tembikai leh digalakkan makan???bukan ke ianya sjuk