Petua mendapatkan anak soleh

comel

Semua ibubapa terlalu mengharapkan mendapat anak yang soleh. Selain ibu banyak membaca al-Quran dan bapa banyak berpuasa sunat, juga banyak melakukan kebajikan. Faktor pemakanan juga memainkan peranan penting. Saya pernah terbaca (tak ingat buku apa) Rasulullah menyarankan supaya kaum bapa memberikan isteri mereka yang mengandung agaar memakan kurma bagi mendapatkan anak yang elok akhlak dan parasnya. Dengan memakan kurma, inshaAllah anak yang lahir kuat, lembut dan soleh. Seperti yang kita semua sudah maklum buah kurma ini terkenal dengan begitu banyak khasiatnya.

Selain itu, minumlah air zam zam dan berdoa apa sahaja yang baik. InshaAllah dimakbulkan permintaan. Kita berusaha dan ikhtiar apa yang termampu. Selebihnya kuasa Allah...
0 Responses