Siapa aku?
Namaku yang istimewa dan amanah buat diriku ialah oleh Che Nurul Khairunnisa Bt Che Kadir (Cahaya Sebaik-baik Muslimah). Ibuku Zainon Bt Suratman yang telah melahirkan ku di Kg Murni Jaya, Layang-layang dan membesarkan ku di banyak negeri seperti di Pasir Gudang (Johor), Manjung (Perak) dan Marang (Terengganu) kerana bapaku Che Kadir B Ismail adalah sebagai juruteknik di syarikat perkapalan.
Kini aku sudah pun berkahwin dengan Muhamad Tajudin B Mustafa, berasal dari Marang (Terengganu) yang bertugas sebagai Kaunselor di salah sebuah sekolah menengah di Ipoh. Aku juga sudah mempunyai seorang anak yang terlalu comel buat ku yang kami memberikan nama Muhammad Ulhaq B Muhamad Tajudin yang ku lahirkan pada 17 Februari 2008 jam 6.50 petang. Gelaran yang kami berikan ialah Sunan kerana dia lahir dalam keadaan tenat. Dia melalui saat yang teramat sukar selama 18 hari bertarung nyawa.
Aku menjawat banyak jawatan iaitu anak, isteri, ibu, suri rumah, CEO Qulhaq Resources, penyibuk InTouch Enterprise milik suamiku, pendakwah bebas, kawan dan banyak lagi.
Inilah diriku yang sangat tidak sempurna tetapi sempurna fizikal walaupun cacat penglihatan sedikit (rabun). Terimalah aku apa adanya.