Terapi dengan al-Quran
[caption id="attachment_35" align="alignleft" width="150" caption="al-Quran sumber ketenangan jiwa "]
[/caption]
al-Quran adalah antara sumber ketenangan jiwa setelah membacanya dan dijadikan rujukan yang bersifat syumul (sempurna). Ada juga manusia menjadikan al-Quran sebagai terapi jiwa yang stress lagi menderita. Terjumpalah saya selepas menunaikan waktu zohor akan seorang insan yang bergelar wanita di Masjid Jami' Tanjong Malim dalam keadaan tidak menutup aurat sedang menjalankan terapinya. Terapi yang dikatakan maha bagus dan baik itu menyebabkan darah saya menyirap, kalau diikutkan hati dah kena 'lempeng' sekeping di pipinya. Tetapi masih ada sekelumit kesabaran dan ajaran yang saya amalkan yang ketika itu sedang mengaji Diploma Pengajian Islam (Dakwah) di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Lantas saya mendekatinya, dan mengambil satu per satu al-Quran yang diletakkannya di atas badan, muka dijadikan penutup, kepala sebagai bantal dan di kaki sebagai alasnya! Sakit tak hati anda? Apatah lagi saya yang menyaksikannya! Dia memarahi saya dan berkata; " Don't disturb me!". Saya ni menggigil menahan kemarahan dan berkata: "Muliakanlah al-Quran." "Saya stress, saya tengah buat terapi!" Dia membalas. "Hormatilah al-Quran kerana di dalamnya adalah kalam Allah!" Saya membantah.
Selepas itu, dia terus bangkit dari baringannya dan mula bicara untuk berhujah dan mempertegakkan urusan terapinya. Wanita ini asalnya seorang mulhid (tidak percayakan Tuhan), kemudian sedang berjinak untuk belajar siapa itu Tuhan. Apabila di dengarnya, al-Quran itu as-Shifa' (ubat), dibuatnya shifa' begitu. Maka saya menerangkan padanya tentang al-Quran dan bagaimana berubat dengan al-Quran. Setelah tidak dapat membidas penerangan saya, dia pergi begitu sahaja...
"Ya Allah, berikanlah saya dan dia hidayahMu..." Amin.