Bayi Cintakan Kalimah Allah

[caption id="attachment_25" align="alignleft" width="150" caption="Jaddatun ajar Sunan lafaz La ila ha illallah"]Jaddatun ajar Sunan lafaz La ila ha illallah[/caption]

Hari ini usia sunan ialah genap 9bulan, sudah banyak perkara yang dia pelajari antaranya mama dan papa. Habis semua orang dipanggilnya papa! Jaddatun baru sahaja mengajar kalimah La ilaha ilallah sambil menggelengkan kepala. Sunan suka dan menurut gaya jaddatunnya yang menggelengkan kepala.

Kemudian diajar Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar, ternyata sunan suka diperdengarkan zikrullah. Apabila dibacakan al-Quran Sunan akan mendiamkan diri sambil tangannya juga ingin memegang al-Quran seperti kelihatannya ingin membaca bersama. Tapi, kebanyakan orang sekarang sudah meninggalkan al-Quran, membacanya? Jarang sekali bahkan ada yang meninggalkannya. Ajarannya.... apatah lagi.

Saya teringat semasa zaman belajar dahulu, saya mengikut jemputan rakan untuk balik ke kampungnya pada waktu cuti sekolah. Seperti biasa saya akan menjaga solat 5 waktu dan jika ada waktu yang terluang saya akan membaca al-Quran. Selepas waktu maghrib, saya minta kawan untuk meminjam al-Quran nya dan saya tunggu punya tunggu rupanya mereka sedang mencari al-Quran... Rupa-rupanya mereka sudah lama tidak membaca al-Quran dan paling menyedihkan solat pun ditinggalkan... Sedihnya hati ini...
0 Responses