Birokrasi yang menyusahkan
Sudah 1minggu suami saya (sifu taj) berposting di smk ... ipoh tapi belum ada kediaman. Sepatutnya kami sudah dapat kuarters, tapi disebabkan birokrasi itu dan ini maka suami saya terpaksa berulang alik dari tg malim ke ipoh dan menelan kos sebanyak RM 100. Mana tidaknya, minyak saja pergi dan balik rm60, tol RM31 jadi RM91, belum makan, minum, masa perjalanan yang terbuang begitu sahaja dan penat memandu. Sehingga kami terpaksa merayu dan kami menghantar sms kepada petugas yang diamanahkan " salam. bagaimana permohonan kuarters saya? Saya nak berulang alik dari tanjong malim jauh dan kos tinggi 1 hari RM100. Saya merayu sangat pada tuan, saya ada anak kecil dan isteri. Tolonglah, sudah 1minggu lebih ni: Muhammad Tajudin, SMK ...." kalau diikutkan, kuarters tu banyak yang kosong tak tahulah kenapa yang susah sangat nak bagi 1 sahaja kunci rumah. "Ya Allah, permudahkan urusan hambaMu ini dan perkenankanlah permintaan kami dan berikanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat. Amin."