Kasta yang Tidak Berkesudahan



Kasihan sifu taj, minggu lepas pada hari jumaat sampai di sekolah dan memakirkan kereta di tempat yang sesuai dan kebiasaannya kosong. Setibanya di pejabat, bertegur sapa dengan kerani dan bergurau. Kemudian, salah seorang kerani ni bercakap bahasa yang lemah lembut dan berhikmah kepada suami saya supaya tidak memakirkan kereta di tempat tu kerana tempat ...... (rahsia) Maka, suami menerimalah seadanya. Tetapi yang pelik bin ajaibnya, tempat tersebut tiada papan tanda yang menunjukkan tempat ini tempat si polan bin si polan. Al-Maklumlah, tempatnya redup.. Suami saya letak kereta di situ kerana adanya saya dan sunan jadi kasihankan sunan takut nak masuk kereta panas maka tempat itulah yang dijadikan sasaran.

Hal ini saya tahu berlaku di banyak tempat. Berlakunya KASTA! Ada kedudukan, pangkat dan harta boleh meletakkan apa sahaja yang bersifat peribadi dan mengiktiraf itu adalah milik mereka. Sedangkan sesiapa sahaja boleh memilikinya (apa ayat aku ni macam pening je!) Sebenarnya nak melepaskan geram.

Tetapi saya memang tidak bersetuju terlalu banyak kasta yang berlaku di negara kita. Contoh, jika seseorang itu berpangkat datuk, tan sri, dato' sri dan apa-apa sahaja begitu ramai orang akan memuji dan memuja-muja. Perlukah? Jadi benarlah apa yang terkandung di dalam buku ''Berani Kaya, Berani Taqwa" oleh adik Habibur Rahman ( lupa namanya, nanti saya maklumkan) begitu ramai manusia teruja apabila memperkatakan tentang wang, tetapi mengabaikan ibadah. Sanggup menjual maruah dan agama untuk mendapatkannya. Mengapa perlu diagung-agungkan pangkat itu semua, sedang ia hanya bersifat sementara.

Tidak dapat dinafikan bahawa itu semua (wang) keperluan yang tertinggi dalam dunia sekarang. Tetapi jangan sampai wujudnya perkara di atas. Jika di negara lain seperti Amerika berlakunya kasta bangsa atau warna kulit. Tetapi di Malaysia berlakunya kasta pangkat dan harta.
0 Responses