Tolong... Kunci kereta hilang
Sekarang ni kami di KLCC, baru balik dari jemputan kahwin pak long rodin (sepupu ummi saya). Dia kawinkan 2 orang anak lelakinya. Sedara (pak uteh) saya dan nenek pun datang dari johor, cik mai pula dari putrajaya. Kemudian kami ke KLCC kerana anak pak uteh nak berjalan. Mereka pergi ke aquaria dan saya sekeluarga bercadang nak melepak sambil membaca buku di Kinokuniya. Dalam perjalanan nak ke Kinokuniya, saya cadangkan suami supaya mengambil laptop di dalam kereta maka dia pun mencari kunci kereta. Alangkah terkejutnya! kuncinya hilang! Adus! Kepada Allah sahaja kami bertawakal. Buntu! Saya pergi berehat di dalam KLCC, suami pula tak tentu arah mencari kunci. Setiba di kereta, dengan izin Allah, pintu kereta di belakang tak berkunci. Maka boleh ambil barang-barang penting. Tapi kunci tiada! Maka saya dan sunan pula berjalan kaki ke kereta yang terletak berdekatan dengan Masjid as-Syakirin. Giliran saya pula menjaga kereta. Suami pergi mencari kunci kerana saya cadangkan supaya bertanya tempat kawalan keselamatan. Alhamdulillah, cadanga saya berhasil.
Jadi, apa pun masalah yang timbul bertawakal terlebih dahulu dengan Maha Pengatur!