Bubur Yamavo



Ini resepi bubur sunan yang enak. Kebetulan saya pergi di salah sebuah pasaraya dan ternampak buah avocado. Tidak pernah rasa, jadi teringinlah... 3 biji RM 8. Mahalkan? Teringin nak rasa punya pasal, belilah juga. Bila dah dapat makan, rupanya tidak mengikut aliran citarasa tekak melayu saya dan suami. Jadi, suami terus buka internet untuk mendapatkan maklumat tentang buah ini. Rupa-rupanya ia kategori sayur. Kebetulan, bubur sunan belum masak jadi saya tawakal masak bubur ayam avocado. Sebab tu jadi YAMAVO :D. Kemudian, saya sebagai ibu perlulah merasainya terlebih dahulu. Rupa-rupanya sedap... Berselera sunan.

Bahan-bahan:
2 sudu besar beras perang
3 sudu besar ayam kisar / tumbuk
2 sudu besar avocado
Sedikit garam

Cara-caranya
Masak beras perang terlebih dahulu, apabila nasi sudah kembang masukkan ayam. Kemudian masukkan avocado dan sedikit garam.
0 Responses