Hari Bingung
Sudah 1minggu saya dan sunan bersama keluarga di Pasir Gudang, suami saya baru sahaja menjemput saya untuk kembali ke Tanjong Malim. Sifu Taj posting di salah sebuah Sekolah Menengah di Ipoh. Perkara yang memeningkan sekarang ialah kami belum lagi mendapat rumah atau kuarters yang berdekatan. Perjalanan Tanjong Malim ke Ipoh ialah 1jam 20minit, itupun naik tol PLUS. Kami sekeluarga berharap agar dapat kediaman berdekatan dan kalau boleh kuarters kerana suami difahamkan bahawa kawasan sekitar agak berbahaya, sudah terlalu banyak jenayah yang berlaku lebih-lebih lagi saya bakal menjadi suri rumah tangga sepenuhnya!