Aku Pandai... Kau B***H

Macam sensasi je topik aku ni... hehe... Sebenarnya aku nak cerita pasal kita yang selalu menyangka kita lebih pandai @ cerdik dari orang lain. Lebih2 lagi kalau tahu orang tu 1 sijil pon tarak... Lebih kurang tajuknya:
UJIAN ORANG BERILMU
Perasan tak kita, kita akan merasakan yang kita lebih hebat daripada mereka yang:
  • Masih kecik
  • Tak ade SPM atau ape2 sijil
  • Miskin
  • Gila
  • Tak alim-ulama' (mcm bdk rempit, bohsia, bohjan, teh boh dan sewaktu dengannya)
  • dan Ape2 ajelah yang kita rasa mereka lebih rendah dari kita.
Tapi... kita akan merasa diri kita kerdil sekiranya ada orang lain yang punya:
  • Harta sebanyak Qarun
  • Sijil berguni-guni
  • Rumah yang lebih besar dari istana
  • Zahirnya nampak macam alim ulama'
  • Cakap macam betul like profesor YOU!
  • dan ape2 ajelah yang kita nampak macam hebatlah...
Sedangkan...
Orang yang kita anggap mereka hina macam sampah boleh jadi mereka ahli syurga dan wali Allah. Siapa tahu?
Contoh:
  • - Budak kecik sudah tentu kalau diorang meninggal sebelum baligh ialah ahli syurga sebab belum dipertanggungjawabkan ape2 lagi... lagi pun, doa diorang ni antr doa yg dp'kenankan Allah sebab tarak dosa... Lebih baik kita minta diorang doakan segala apa yang kita hajati mudahan kesampaian...
  • Kalau tak ade SPM dan ape2 sijil, buatnye dia hamba Allah yang menjaga segala arahan dan larangan Allah kira sami'na wa 'ato'na... macam mana dgn kita? Kemudian pengalaman hidup dia, adakah sama dengan kita?
  • Kalau miskin, mungkin dulu dia kaya! Kemudian dia tinggalkan harta sebab rasa dah puas menikmati nikmat dunia sampai rasa dah tak ade nikmat lagi... Nikmat sebenar bagi dia ialah bercinta sepenuhnya kepada Allah... atau...dia memang miskin, itu ujian untuk dia dan kita...kalau semua kaya... tak adelah istilah kaya dan miskin, sebab semua kaya... maka KITA SERUPA.... So berterima kasihlah dengan orang miskin... bagi2lah sedekah...
  • Kalau orang gila, manalah tau sebenarnya dia tu wali yang gilakan cinta kepada Allah... at least bak kata adikku ANAS, dia ade satu je gila, gila akal. Tapi kita, ade berapa banyak gila? Gila makan, gila harta, gila perempuan dan lelaki, gila movie, gila lagu, gila ilmu, gila buku, gila kucing dan gilagilagilagilagi.... penatlah aku nak detailkan kegilaan kita nih...
  • Kemudian yang nampak macam samdul ni... nampak macam ahli neraka... buatnyelah dia bertaubat kaw2 sebelum dia mati coz dah dapat hidayah Allah. Sape tau kan? Alangkah bagus kalau kita mendoakan mereka ni dapat hidayah... kan kita dapat saham kekal!
Bagi yang kita puja, sanjung, kagum sampai kita rasa kerdilnya kita dengan dia:
  • Orang yang kaya raya, mungkin dia kaya atas darah dan air mata orang lain!
  • Yang ade sijil berguni, belum tentu dia beramal dengan apa yang dia belajar. Cakap je pandai...
  • Rumah yang besar belum tentu isi rumahnya bahagia...
  • Nampak macam alim ulama', mungkin dia riya' ape yang dia pakai dan ilmu yang ade...
  • Cakap macam ahli bijak pandai, padahal.... kosong! Amal pun tarak...
Kesimpulannya....
Lebih baik kita bersikap NEUTRAL... Husnu Zon (bersangka baik) pada apa sahaja. Tak semestinya apa yang kita nampak itulah yang terzahir untuk yang akan datang... Kita terima mereka seadanya...
Kita pun tak ade sakit hati...
Doakan yang baik2 untuk segala yang ade di sekeliling kita termasuk haiwan dan tumbuhan...
Jadi hamba yang bersederhana...
Bantu mereka yang memerlukan...
SENANG HATI KITA...
Tak payah nak sakit2...
Kalau orang sakitkan hati kita... memaafkan itu lebih baik... tarak barah...
SENANG HIDUP...
Ape yang penting!
KERJASAMA
dan...
TERUS BERUSAHA MENJADI MUKMIN SEJATI...
DO THE BEST!
senang hati... lalala....

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-2

17 FEBRUARI 2010. MUHAMMAD ULHAQ 2 TAHUN!


p1100358-640x480


ada orang kat dalam buai tu... muhammad naseh ulwan, my cousin tido!


p1100355-640x480


ni besday sape sebenarnye....?p1100357-640x480


chocolate indulgence from ummi de... thank you very much ummi de!


p1100364-640x480


Allah selamatkan kamu... terima kasih kepada kawan2, kakak2 dan makcik2 yang turut meraikan besday hammad.


p1100366-640x480


eh terkejut! mama suruh posing ke? abang asyik sgt dgn baju baru dari pa & ma, kuning sangat!


p1100368-640x480


terima kasih sudi datang... makan banyak2 tau!


p1100387-640x480


da sibuk dgn car dia...


p1100382-640x480


nyenyaknye pakcik ulwan tido smpi abes majlis!


p1100391-640x480


besday boy yg tomot bg flying kiss!


p1100395-640x480


tak dapat dipisahkan dengan bola...


p1100396-640x480


permainan baru...


p1100402-640x480


ayah su! nak mamam...


masa majlis ni sunan belum potong rambut... pegi kedai nak potongkan rambut dia nangis.


p1100697-640x480


papa potongkan rambut saya... best! ni permainan baru saya iron mama yang cute...


p1100701-640x480


cute tak saya? hehe...


p1100698-640x480


mama suruh saya smile... ni lah gambar saya pada yang da latest, baru je mama tangkap gambar saya tadi waktu maghrib...


semoga sunan jadi ULAMA' yang soleh.... semoga dipanjangkan umur dengan penuh keberkatan dan rahmat Allah... dan diberikan segala yang terbaik di dunia dan akhirat. AMIN.

Menanti Saat Mendebarkan

Happy Belated Besday SUNAN yang ke 2!!! Kami menyambut besday sunan di Johor... Gambarnye aku uploadkan nanti yer... Cepat betul rasa anak membesar dan nak ade 1orang lagi pulak tu!


Semalam aku pergi klinik desa kg.Ulu Chepor, mula2 pergi pagi dengan abang terkejut! Ramai pula orang yang bertandang. So pergi petang dengan mira  dan ummi sebab abang kan sekolah. Alhamdulillah aku orang yang ke 3. Klinik desa ni selalunya tak ramai patient, kadang2 aku sorang2 je. Tapi berbeza semasa aku dok di Tg Malim, masa tu peknen kan sunan... nak tunggu sampai giliran aku normallah kalau ambil masa 1jam, belum termasuk kalau ada masalah dan perlu berjumpa dengan Dr kadang2 tu sampai 2jam. Dalam masa menanti giliran aku semalam, ade citer kelakar! Ade budak lelaki 10 tahun dengan adik lelakinya yang lingkungan umurnya 4 tahun nak bermain dengan sunan. Tapi budak2 2 rasa ada masalah bahasa dengan sunan sebab diorang sangka sunan anak MAT SALEH! Budak umur 10 tahun tu panggil sunan 'Hi Sir!' kemudian dia cakap bahasa inggeris dia yang aku pon tak faham. Aku dan ummi hanya mampu menahan gelak... Betul ke anak aku macam mat saleh? Nasib hidung dia tak mancung macam papa... kalau tak memang macam mat saleh kot!


ara


masa ni sunan 8 bulan. tengah bulat lagi....


Sekarang usia kandungan aku masuk yang ke 6 bulan. Baby da start berguling2 kat dalam perut sambil merajang permainan dia kat dalam perut. Kadang2 sampai senak juga perut aku. Berat badan aku pon sekarang da 50kg. Kalau tak peknen berat badan ideal utk aku tuh! Tapi belum pernah lagi merasa, nak merasa berat badan macam tu time peknen je la.... Aku dah mula tak selesa nak berjalan dan berdiri lama2... Kalau berjalan banyak dan berdiri lama mulalah... kaki aku bengkak atau nak pitam. Tapi aku bersyukur kerana aku melalui apa yang ummi dah lalui mengandungkan anak 6 orang. Aku tak mandul! hehe.... Apa yang sudah aku lalui membuatkan aku lebih menghargai ummi dan ayah...


Alhamdulillah ummi, mira dan suami banyak membantu tugasan aku. Urusan training centre yang berat2 da semakin ringan... Hujung minggu ni mulalah aku berperang lagi... menyediakan segala keperluan di Ulu Chepor Training Centre. Nasib bukan aku yang memasak, kalau aku yang masak... aduh... k0pak tangan dan kaki aku ni!


Tapi ape pon aku bersyukur dalam usia aku 25 tahun ni, alhamdulillah... aku jauh patut bersyukur jika nak dibandingkan dengan kehidupan ummi dan ayah. Aku masih ingat, masa aku dok di taman air biru, pasir gudang. Aku kalau nak berjalan ke mana2 dengan family spt ke pasar, ayah akan bawa kami (aku, jie dan ummi, adik beradik br 2 org) menaiki motor. Ayah belum mampu untuk memiliki kereta. Kalau nak balik ke kampung ummi yang terletak di Kg Murni Jaya, Layang2, Johor kami akan menaiki teksi. Dan kalau nak balik kg ayah pula di Marang, Terengganu, kami akan menaiki bas. Kami hanya menikmati adanya kereta ketika aku berumur 4 @ 5 tahun kalau tak silap aku. Tapi aku, anak seorang dah ade 2 kereta.... Ini semua adalah berkat doa ummi dan ayah yang berusaha untuk memberikan pendidikan kepada aku dan adik2 supaya berjaya.


Kepada yang belum berkahwin atau merancang kepada perkahwinan... ini adalah bukti 'rezeki' orang berkahwin. Yang penting saling mempercayai dan banyak berkomunikasi dengan pasangan. 'Husnu zon' = berbaik sangka dengan Allah adalah resepi kehidupan. Ikhlas dalam setiap perbuatan adalah benih yang ditanam. Usaha adalah baja. Manakala kejayaan pula adalah hasil yang diraih. Bersyukur adalah penamat. Ape pon kita mesti berbaik sangka di persekitaran kita walaupun kita sering dikecewakan. Kenapa nak kena husnu zon juga walau sering dikecewakan? Itulah namanya IKHLAS! Jangan penat utk ikhlas! Yang penting buat ape pon kerana Allah... kalau kerana DUNIA hati kita akan terasa PERIT. PERCAYALAH....


YA ALLAH JADIKANLAH KAMI HAMBA YANG IKHLAS DAN SENTIASA BERSYUKUR KEPADA MU... AMIN.

Sunan nak pakai macam mama!

p1100313-640x480


cantik tak saya?


Dah naik pening kepala aku nih... kejap nak pakai sama macam papa, kejap nak pakai sama macam mama. Papa pakai kopiah, dia nak pakai jugak. Mama nak pakai tudung dan telekung pon dia nak pakai jugak! Macam mana?


p1100325-640x480


macam muka mama tak?


p1100329-640x480


ini pose gaya ape pulak?


p1100328-640x480


comel tak saya?


p1100331-640x480


mama amek gambo kite lah papa!


Macam nilah anak2... dia nak buat apa yang kita buat...


(Buat tatapan anas dan jie yang jauh)

Aku Pencinta kepada Kesibukan

Assalamu'alaikum wbt. Maaflah wahai blog... lama tak update... bukan tak nak update tapi terlalu sibuk... aku dah cakap ari tu kan... aku sibuk... tak percaya? ha tingok (ayat sunan) gambo nih!


p1100228-640x480


ni tengah pasang water pump, nak naikkan air ke dewan tertutup di atas bukit. Mak buyung pon menyibuk... p1100220-640x480


abang pon sibuk membantu JKKK pasangkan water pump. sebenarnya abang nak menyelam tuh!


Sumber air di pusat training kami adalah air yang terbersih dan bebas dari sebarang pencemaran dan klorin. Air di sini 100% dari sungai, pihak JKKK membuat sendiri empangan untuk menyalurkan air di seluruh kawasan.


p1100207-640x480


Beginilah setiap minggu suasana di ULU CHEPOR TRAINING CENTRE. Macam mana yang tak dikatakan sibuk... Alhamdulillah, rezeki anak-anak agaknye.




p1100283-640x480

Ini antara peserta dari UITM Seri Iskandar yang menyewa di tempat kami. Diorang kata best tau tempat kami! Korang bila nak datang sini?


Macam nilah keadaan aku setiap hujung minggu. Manakala di hari biasa sibuk berjumpa dengan pelanggan dan mengurus tarikh serta tempahan. Setakat ni, setiap minggu pusat training kami dipenuhi pelanggan. Alhamdulillah... Allah memberikan kekuatan kepada mak buyung dan keluarga untuk mengurus dan mengendalikan pusat training ni. Sungguh di luar jangkaanku... Korang sume doakan aku berjaya as a business woman ye... huhu... Macam tak percaya! Dulu aku tak percaya diri aku sendiri dan tak tau menilai kelebihan yang ada... yang aku tau aku perempuan yang lemah. Tetapi hasil kepercayaan yang diberikan oleh keluarga dan sahabat semua terUTAMAnya suamiku yang tercinta, aku mula yakin dengan diriku sama seperti orang lain...


Terima kasih buat ummi dan ayah yang banyak mendoakan kejayaanku dan membantu aku sepanjang hidup ini. Ummi dan ayah tak berkira nak membantu aku menguruskan pusat training ini. Ummi ayah tak kisah mengalirkan keringat lagi buat anakmu yang hina ini. Ummi ayah tak meminta 1sen pun dari keringatnya itu...


Ummi ayah... along sangat perlukan doa kalian selama along hidup. Kalau ummi dan ayah sudah tiada, siapalah lagi yang akan mendoakan along. Along berjaya kerana doa ummi dan ayah. TERIMA KASIH UMMI... TERIMA KASIH AYAH.


Buat abang, suamiku yang tercinta.... Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan. Abang bijak menilai diri Nurul berbanding diri Nurul sendiri. Beruntung Nurul, Allah menganugerahkan Nurul suami yang soleh dan sentiasa percaya akan isterinya. Abang pelengkap seluruh isi hidup Nurul. Abang tak nak berjaya seorang diri, tapi abang nak Nurul pun turut berjaya seperti abang... Abang tak kisah walaupun Nurul mungkin jauh lebih kaya dari abang hahaha... sebab abang tau kalau Nurul kaya so abang pon kaya (geli je ayat nih)... TERIMA KASIH ABANG KERANA SUDI BERKONGSI SEGALANYA DENGAN NURUL YANG GEMBENG (bahasa jawa: suka menangis)...


Buat adik-adik... AZIZI, AMIRAH, ANAS, FATIN dan ABID terima kasih kerana banyak membantu akak dari segala aspek... moral, tenaga, idea dan macam2lah... terima kasih banyak mendoakan akak walaupun yang dari jauh. Tapi korang sume ingat kakakmu yang teranggun ni hehe... korang sume tau akak suka perasankan? Doakan akak istiqamah dalam perjuangan dakwah akak walau dengan apa cara sekalipun... Doakan akak tak jadi kedekut macam antara korang huhu... (jangan terasa). Korang semua adik yang baik... akak sayang korang semua... sayang sangat... sebab tu akak tak pernah ada adik angkat! korang pon akak tak boleh nak angkat!


Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami... (included pembaca blog aku)


 

Terlalu SIBUK

Sesi persekolahan sudah bermula. Maka bermulalah perjuangan aku as a mother and bos. Macam2 perkara perlu diuruskan. Tak boleh nak list je kat sini. Tapi paling banyak kerja rumahlah... da nama MAMA. Lebih2 lagi tiada bantuan dari Ummi, adik2 dan suami... Semuanya atas bahu sendiri. Apatah lagi si sunan banyak membantu untuk mengkucar-kacirkan apa yang patut kat dalam rumah ni... dari hall sampailah tempat sidaian kain. Hari2 kerja aku membongkokkan badan untuk kemaskan balik dan membuang sampah setelah budak tu membuat sampah. Satu lagi kerja tetap aku, tukang lap dan mop lantai tanpa mengira waktu. Sunan sekarang tengah berselera makan. Maka macam2 perisa yang wujud di atas lantai. Nak marah kesian, budak tu tengah suka makan... Maka, redha itu yang paling afdhal. Inilah pengorbanan seorang ibu, macam tu jugaklah ummi melayan aku dan adik2ku sewaktu kecil. "Ya Allah sayangilah orang tua dan rahmatilah mereka kerana telah menyayangi dan membesarkanku dengan Iman dan Taqwa. Amin..."


Alhamdulillah alahan aku da semakin berkurangan. Jarang sangat sakit kepala dan loya2. Kalau tidak asal masuk waktu malam, mulalah loya. Dapat mengeluarkan 'something' dari perut oklah sikit... Kemudian, tanpa punca aku sakit kepala. Aku bukan spesis boleh tidur 1 hari, tetapi disebabkan sakit kepala sampai tak boleh buat kerja jadinya... tidur jelah... Alhamdulillah berkat selawat tafrijiyyah (aku pernah tulis sebelum ni), berkat Rasulullah s.a.w semuanya beransur pergi. Pesanan aku: Kepada sahabat semua yakini apa yang kita lakukan. Yakinilah berkat dan Mukjizat Rasulullah s.a.w yang tercinta. Al-quran teruskan dibaca, lagi bagus baca dengan tafsirnya. Sebab kita bukanlah pakar bahasa Arab. Bahasa Arab adalah bahasa yang paling agung dan paling berseni. Terkandung pelbagai perkara tersirat apatah lagi yang tersurat. Kalau nak dapat anak soleh banyakkan membaca al-Fatihah dan Yaasin, sebab itulah amalan ibu Imam Shafie.


Jom kita sama2 amalkan. Aku pon bukanlah sempurna, baca al-Quran pon kadang2 ada juga tertinggal. Yang penting ikut kemampuan, tapi jangan sampai tak buat dan leka. Syaitan sentiasa 'aim' kita. Mencucuk dan menggoda pada masa yang paling tepat. Buangkan nafsu amarah yang jahannam tu. Bersama kita berusaha untuk bersederhana dalam apa sahaja. Kebahagiaan itu terletak pada kesederhanaan.

Sebuah Perjuangan

Aku, suami, sunan, fatin dan beberapa lagi fasilitator Qulhaq Consultancy baru sahaja selesai mengendalikan program Motivasi Belajar pelajar UPSR di salah sebuah kampung yang tidak perlu dimaklumkan tempatnya. Orang yang paling sibuk tidak lain tidak bukan pastinya anakku, Muhammad Ulhaq. Maklumlah owner Qulhaq katakan...


Lihatlah gelagat dia...


p1090307-640x480


sedondon dengan acik (bahasa orang johor: makcik) dia...


p1090316-640x480


Sebelum slot 'Follow Me', mari berdansa dulu...


p1090318-640x480


'ice cream' aku tak boleh tinggal...


p1090322-640x480


amboiii...melalak sambil b'joget... adooiiii


p1090323-640x480


berhenti! nak interframe jap


p1090358-640x480


dengan acik lagi...


p1090369-640x480


selesai slot 'follow me' masih dengan 'ice cream'. dah maghrib sayang ooiii...


p1090371-640x480


buat muka hodoh jap


p1090379-640x480


baru lepas solat... dia sibuk nak mikrofon papa


p1090381-640x480


mama pujuk abang....


p1090244-640x480


kepenatan...


p1090246-640x480


tid0 kat sini pon oklah... selesa jugak! huhuhu


p1090401-640x480


slot terakhir sibuk jugak abang ni...


p1090410-640x480


dengan uncle farid... sebenarnye uncle tu sibuk nak belon abang... da beso2 pon nak main belon lagi... apelah uncle ni!


p1090412-640x480


iyeaaahhh!!! nak jadi rambo pulak lah...


p1090432-640x480


baca doa dulu sebelum melangkah ke medan perjuangan!


"Ya Allah kurniakanlah hamba kemenangan atau syahid atas peperangan ini... amin"


p1090414-640x480


gunting pon boleh jadi senjata sesuai budak umur 2 tahun kan?


p1090418-640x480


pulang dari medan perang dengan senyuman... menang ke?


p1090439-640x480


bukti perjuangan ini! darah merah bertukar menjadi hitam!


p1090442-640x480


"Ya Allah jadikanlah darah yang mengalir ini sebagai bukti hamba menegakkan syiarMu di Syurga nanti. Terimalah dagangan hamba ini Ya Allah..."


Sebenarnya marker pen lah... dia gatal nak menconteng! tak cukup kertas dah!


p1090445-640x480


hua! hua! hua! mama sorokkan pedang (gunting) abang!!!!


p1090448-640x480


mama pujuk eh... kita main kuda2 ok? mama nak bongkok tak boleh nanti adek kat dalam perut mama sakit...


p1090450-640x480


acik pon tolong pujuk dengan camera... habit dia amek gambo...


p1090454-640x480


alamak! janganlah mengamuk macam ni... tak larat mama... berpusing2...


p1090426-640x480


mama dah penat... sabo... mama pon tengah berjuang...


p1090466-640x480


kita rehat dari mengamuk ok?


p1090470-640x480


mama bagi semula pedang abang! bestnyer!


p1090472-640x480


penat dah....


p1090473-640x480


tunggu orang datang menyerang... hehe...


Sekian... inilah anak perjuangan dakwah kami. Diusung ke sana sini... mudahan anak2 mengerti erti keikhlasan, kesabaran, kekentalan jiwa dan mental dalam sebuah perjuangan. Tanpa itu semua perjuangan kita akan gagal.... Maka tiada istilah menang atau syahid. Semoga kita semua kuat untuk terus berjuang menegakkan Islam yang tercinta. Bersama-samalah kita hidup saling sayang-menyayangi yang akan membuatkan kita kuat dan bahagia...


Berkatilah kami semua Ya Allah...