Terlalu SIBUK
Sesi persekolahan sudah bermula. Maka bermulalah perjuangan aku as a mother and bos. Macam2 perkara perlu diuruskan. Tak boleh nak list je kat sini. Tapi paling banyak kerja rumahlah... da nama MAMA. Lebih2 lagi tiada bantuan dari Ummi, adik2 dan suami... Semuanya atas bahu sendiri. Apatah lagi si sunan banyak membantu untuk mengkucar-kacirkan apa yang patut kat dalam rumah ni... dari hall sampailah tempat sidaian kain. Hari2 kerja aku membongkokkan badan untuk kemaskan balik dan membuang sampah setelah budak tu membuat sampah. Satu lagi kerja tetap aku, tukang lap dan mop lantai tanpa mengira waktu. Sunan sekarang tengah berselera makan. Maka macam2 perisa yang wujud di atas lantai. Nak marah kesian, budak tu tengah suka makan... Maka, redha itu yang paling afdhal. Inilah pengorbanan seorang ibu, macam tu jugaklah ummi melayan aku dan adik2ku sewaktu kecil. "Ya Allah sayangilah orang tua dan rahmatilah mereka kerana telah menyayangi dan membesarkanku dengan Iman dan Taqwa. Amin..."
Alhamdulillah alahan aku da semakin berkurangan. Jarang sangat sakit kepala dan loya2. Kalau tidak asal masuk waktu malam, mulalah loya. Dapat mengeluarkan 'something' dari perut oklah sikit... Kemudian, tanpa punca aku sakit kepala. Aku bukan spesis boleh tidur 1 hari, tetapi disebabkan sakit kepala sampai tak boleh buat kerja jadinya... tidur jelah... Alhamdulillah berkat selawat tafrijiyyah (aku pernah tulis sebelum ni), berkat Rasulullah s.a.w semuanya beransur pergi. Pesanan aku: Kepada sahabat semua yakini apa yang kita lakukan. Yakinilah berkat dan Mukjizat Rasulullah s.a.w yang tercinta. Al-quran teruskan dibaca, lagi bagus baca dengan tafsirnya. Sebab kita bukanlah pakar bahasa Arab. Bahasa Arab adalah bahasa yang paling agung dan paling berseni. Terkandung pelbagai perkara tersirat apatah lagi yang tersurat. Kalau nak dapat anak soleh banyakkan membaca al-Fatihah dan Yaasin, sebab itulah amalan ibu Imam Shafie.
Jom kita sama2 amalkan. Aku pon bukanlah sempurna, baca al-Quran pon kadang2 ada juga tertinggal. Yang penting ikut kemampuan, tapi jangan sampai tak buat dan leka. Syaitan sentiasa 'aim' kita. Mencucuk dan menggoda pada masa yang paling tepat. Buangkan nafsu amarah yang jahannam tu. Bersama kita berusaha untuk bersederhana dalam apa sahaja. Kebahagiaan itu terletak pada kesederhanaan.