Menanti Saat Mendebarkan
Happy Belated Besday SUNAN yang ke 2!!! Kami menyambut besday sunan di Johor... Gambarnye aku uploadkan nanti yer... Cepat betul rasa anak membesar dan nak ade 1orang lagi pulak tu!
Semalam aku pergi klinik desa kg.Ulu Chepor, mula2 pergi pagi dengan abang terkejut! Ramai pula orang yang bertandang. So pergi petang dengan mira dan ummi sebab abang kan sekolah. Alhamdulillah aku orang yang ke 3. Klinik desa ni selalunya tak ramai patient, kadang2 aku sorang2 je. Tapi berbeza semasa aku dok di Tg Malim, masa tu peknen kan sunan... nak tunggu sampai giliran aku normallah kalau ambil masa 1jam, belum termasuk kalau ada masalah dan perlu berjumpa dengan Dr kadang2 tu sampai 2jam. Dalam masa menanti giliran aku semalam, ade citer kelakar! Ade budak lelaki 10 tahun dengan adik lelakinya yang lingkungan umurnya 4 tahun nak bermain dengan sunan. Tapi budak2 2 rasa ada masalah bahasa dengan sunan sebab diorang sangka sunan anak MAT SALEH! Budak umur 10 tahun tu panggil sunan 'Hi Sir!' kemudian dia cakap bahasa inggeris dia yang aku pon tak faham. Aku dan ummi hanya mampu menahan gelak... Betul ke anak aku macam mat saleh? Nasib hidung dia tak mancung macam papa... kalau tak memang macam mat saleh kot!
masa ni sunan 8 bulan. tengah bulat lagi....
Sekarang usia kandungan aku masuk yang ke 6 bulan. Baby da start berguling2 kat dalam perut sambil merajang permainan dia kat dalam perut. Kadang2 sampai senak juga perut aku. Berat badan aku pon sekarang da 50kg. Kalau tak peknen berat badan ideal utk aku tuh! Tapi belum pernah lagi merasa, nak merasa berat badan macam tu time peknen je la.... Aku dah mula tak selesa nak berjalan dan berdiri lama2... Kalau berjalan banyak dan berdiri lama mulalah... kaki aku bengkak atau nak pitam. Tapi aku bersyukur kerana aku melalui apa yang ummi dah lalui mengandungkan anak 6 orang. Aku tak mandul! hehe.... Apa yang sudah aku lalui membuatkan aku lebih menghargai ummi dan ayah...
Alhamdulillah ummi, mira dan suami banyak membantu tugasan aku. Urusan training centre yang berat2 da semakin ringan... Hujung minggu ni mulalah aku berperang lagi... menyediakan segala keperluan di Ulu Chepor Training Centre. Nasib bukan aku yang memasak, kalau aku yang masak... aduh... k0pak tangan dan kaki aku ni!
Tapi ape pon aku bersyukur dalam usia aku 25 tahun ni, alhamdulillah... aku jauh patut bersyukur jika nak dibandingkan dengan kehidupan ummi dan ayah. Aku masih ingat, masa aku dok di taman air biru, pasir gudang. Aku kalau nak berjalan ke mana2 dengan family spt ke pasar, ayah akan bawa kami (aku, jie dan ummi, adik beradik br 2 org) menaiki motor. Ayah belum mampu untuk memiliki kereta. Kalau nak balik ke kampung ummi yang terletak di Kg Murni Jaya, Layang2, Johor kami akan menaiki teksi. Dan kalau nak balik kg ayah pula di Marang, Terengganu, kami akan menaiki bas. Kami hanya menikmati adanya kereta ketika aku berumur 4 @ 5 tahun kalau tak silap aku. Tapi aku, anak seorang dah ade 2 kereta.... Ini semua adalah berkat doa ummi dan ayah yang berusaha untuk memberikan pendidikan kepada aku dan adik2 supaya berjaya.
Kepada yang belum berkahwin atau merancang kepada perkahwinan... ini adalah bukti 'rezeki' orang berkahwin. Yang penting saling mempercayai dan banyak berkomunikasi dengan pasangan. 'Husnu zon' = berbaik sangka dengan Allah adalah resepi kehidupan. Ikhlas dalam setiap perbuatan adalah benih yang ditanam. Usaha adalah baja. Manakala kejayaan pula adalah hasil yang diraih. Bersyukur adalah penamat. Ape pon kita mesti berbaik sangka di persekitaran kita walaupun kita sering dikecewakan. Kenapa nak kena husnu zon juga walau sering dikecewakan? Itulah namanya IKHLAS! Jangan penat utk ikhlas! Yang penting buat ape pon kerana Allah... kalau kerana DUNIA hati kita akan terasa PERIT. PERCAYALAH....
YA ALLAH JADIKANLAH KAMI HAMBA YANG IKHLAS DAN SENTIASA BERSYUKUR KEPADA MU... AMIN.