Aku Pencinta kepada Kesibukan

Assalamu'alaikum wbt. Maaflah wahai blog... lama tak update... bukan tak nak update tapi terlalu sibuk... aku dah cakap ari tu kan... aku sibuk... tak percaya? ha tingok (ayat sunan) gambo nih!


p1100228-640x480


ni tengah pasang water pump, nak naikkan air ke dewan tertutup di atas bukit. Mak buyung pon menyibuk... p1100220-640x480


abang pon sibuk membantu JKKK pasangkan water pump. sebenarnya abang nak menyelam tuh!


Sumber air di pusat training kami adalah air yang terbersih dan bebas dari sebarang pencemaran dan klorin. Air di sini 100% dari sungai, pihak JKKK membuat sendiri empangan untuk menyalurkan air di seluruh kawasan.


p1100207-640x480


Beginilah setiap minggu suasana di ULU CHEPOR TRAINING CENTRE. Macam mana yang tak dikatakan sibuk... Alhamdulillah, rezeki anak-anak agaknye.




p1100283-640x480

Ini antara peserta dari UITM Seri Iskandar yang menyewa di tempat kami. Diorang kata best tau tempat kami! Korang bila nak datang sini?


Macam nilah keadaan aku setiap hujung minggu. Manakala di hari biasa sibuk berjumpa dengan pelanggan dan mengurus tarikh serta tempahan. Setakat ni, setiap minggu pusat training kami dipenuhi pelanggan. Alhamdulillah... Allah memberikan kekuatan kepada mak buyung dan keluarga untuk mengurus dan mengendalikan pusat training ni. Sungguh di luar jangkaanku... Korang sume doakan aku berjaya as a business woman ye... huhu... Macam tak percaya! Dulu aku tak percaya diri aku sendiri dan tak tau menilai kelebihan yang ada... yang aku tau aku perempuan yang lemah. Tetapi hasil kepercayaan yang diberikan oleh keluarga dan sahabat semua terUTAMAnya suamiku yang tercinta, aku mula yakin dengan diriku sama seperti orang lain...


Terima kasih buat ummi dan ayah yang banyak mendoakan kejayaanku dan membantu aku sepanjang hidup ini. Ummi dan ayah tak berkira nak membantu aku menguruskan pusat training ini. Ummi ayah tak kisah mengalirkan keringat lagi buat anakmu yang hina ini. Ummi ayah tak meminta 1sen pun dari keringatnya itu...


Ummi ayah... along sangat perlukan doa kalian selama along hidup. Kalau ummi dan ayah sudah tiada, siapalah lagi yang akan mendoakan along. Along berjaya kerana doa ummi dan ayah. TERIMA KASIH UMMI... TERIMA KASIH AYAH.


Buat abang, suamiku yang tercinta.... Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan. Abang bijak menilai diri Nurul berbanding diri Nurul sendiri. Beruntung Nurul, Allah menganugerahkan Nurul suami yang soleh dan sentiasa percaya akan isterinya. Abang pelengkap seluruh isi hidup Nurul. Abang tak nak berjaya seorang diri, tapi abang nak Nurul pun turut berjaya seperti abang... Abang tak kisah walaupun Nurul mungkin jauh lebih kaya dari abang hahaha... sebab abang tau kalau Nurul kaya so abang pon kaya (geli je ayat nih)... TERIMA KASIH ABANG KERANA SUDI BERKONGSI SEGALANYA DENGAN NURUL YANG GEMBENG (bahasa jawa: suka menangis)...


Buat adik-adik... AZIZI, AMIRAH, ANAS, FATIN dan ABID terima kasih kerana banyak membantu akak dari segala aspek... moral, tenaga, idea dan macam2lah... terima kasih banyak mendoakan akak walaupun yang dari jauh. Tapi korang sume ingat kakakmu yang teranggun ni hehe... korang sume tau akak suka perasankan? Doakan akak istiqamah dalam perjuangan dakwah akak walau dengan apa cara sekalipun... Doakan akak tak jadi kedekut macam antara korang huhu... (jangan terasa). Korang semua adik yang baik... akak sayang korang semua... sayang sangat... sebab tu akak tak pernah ada adik angkat! korang pon akak tak boleh nak angkat!


Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami... (included pembaca blog aku)


 

0 Responses