Sambal da best in d world huhu

Semalam aku buat sambal ikan perkasam, abang cakap... "sedap sangat!! nurul masukkan kat blogla..." hehe My big bos berpuas hati... nak tau resepinye? Aku main campak mengikut logik kepala otak aku jer...


Bahan2:


1 ekor Ikan perkasam


11/2 Cili (yang besar dan pedas yer… kalau nak guna cili padi pun boleh… tak berdosa! Dimayang yer)


1 biji Bawang merah (dimayang)


1 biji Bawang besar (dimayang)


½ sudu teh asam jawa (guna yang adabi punya senang dan tak payah korang nak godak dengan air ye…)


 


Cara2:


 


1.       Ikan perkasam digoreng terlebih dahulu, kemudian ketepikan.


2.        Tumis segala yang dimayang, dah naik bau yang korang kata wangi tu… aku rasa tak wangi pon huhu… barulah masukkan ikan yang digoreng.


3.       Setelah itu masukkan asam jawa… gaul sampai sebati…


 


Mudahkan?!! Aku memang pencinta masakan yang mudah dan sedap dimasak ni… Maklumlah kat dapur kena berperang dengan sunan… My Bos… Dia memang pencinta dunia masak-memasak nih, hari2 periuk dan peralatan aku terbang cuma tak sampai rumah korang jer… Selamat melantak! (kasarnye bahasa aku, korang jangan ingat ummi yang ajar ye… ummi aku solehah tak pernah ajar benda2 buruk. Korang yang ajar aku yer… korang salahkan diri korang kerana aku jadi begini! Haha!! Ampun ye…) Selamat mencuba resepi yang Allah ilhamkan kepada aku… Apa yang Allah bagi pada aku, untuk sahabat semua juga!

0 Responses