Muhasabah
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah. DariNya kita datang dan kepadaNya kita kembali. Segala amalan akan dihitung dan ditentukan apakah syurga atau neraka. Sesungguhnya janji-janji Allah itu adalah Maha Benar(al-Haq).
Macam sayu jer kata-kataku hari ini... Banyak perkara yang tak disangka-sangka berlaku. Jika Umar r.a seakan tidak terima permergian Rasulullah, apakah dirasai oleh kita? Eeeemmm Sedangkan kita membesar dengan nama Rasulullah, kekasih Allah dan kita semua. Tetapi berapa ramaikah yang sanggup sami'na (kami dengar) wa (dan) 'ato'na (kami patuh)? Aku juga hamba berdosa dan banyak kelemahan. Dosa-dosa ku yang menggunung rasanya tidak mampu ku kenang dan ku bawa, aku malu dengan kekasihku dan aku malu dengan penciptaku yang Maha Agung. Aku mohon dosa-dosaku yang menggunung ini diampunkan. Aku berusaha dan sedaya yang mungkin mengheret diri ini dan ahli keluargaku ke dunia dakwah. Aku mahu membuktikan cintaku kepada yang Haq. Aku cinta kepada yang Haq, aku terlalu cinta...
Sesekali aku merungut kepenatan, mana tidaknya aku heret anak kecil ini agar dia kenal dunia dakwah dan tipu daya dunia. Aku lupa bahawa dunia ini masa aku bekerja keras dan menuai untuk ku dapatkan hasilnya. Jika bagus cara tuaianku maka pasti bagus juga apa yang bakal ku raih. Aku bersyukur kepada yang Haq, dia Allah yang Maha Mengetahui lantas Dia mengingatkanku kembali akan niatku. Diala Tuhan yang memberikan rahmat. Kasihnya Allah kepadaku.
Ya Allah, berikan aku lautan kekuatan dan keazaman untuk aku meredah segala kemungkinan dan untuk aku sebarkan lautan kasihMu kepada sekalian makhluk. Aku tahu, Kau tidak memerlukan aku untuk meninggikan agamaMu tetapi izinkanlah aku membuktikan cintaku kerana aku mengejar pertemuan antara Kau dan aku, pertemuan yang terindah, pertemuan di antara pencipta dan hamba yang dicipta olehMu. Wahai Tuhan yang Maha Pengasih, terima kasih atas segala cinta dan rahmatMu kepadaku...
P/s: takziah buat keluarga Almarhum Ust Asri Ibrahim. Al-Fatihah. http://asrirabbani.blogspot.com/