Fatwa pasal rokok 10 tahun lepas!


fatwa


Fatwa dari Negara Mesir telah mengeluarkan fatwa bahawa merokok hukumnya haram qat'ie (secara putus/ tidak syak lagi). Fatwa tersebut telah dikeluarkan pada 25 Jamadil Awal 1420 Hijriah bersamaan 05 September 1999M. Ini kerana penggunaan tembakau memberi mudharat pada diri sendiri, yang mana rokok banyak menyebabkan kemudharatan kepada perokok dan juga kepada mereka yang berada di sekelilingnya. Merokok juga hanyalah satu pembaziran yang amat ditegah oleh Allah SWT.



Allah azza wajalla berfirman yang bermaksud: "Dan janganlah kamu membunuh diri kamu sendiri, sesungguhnya Allah Maha menyayangi kamu". FirmanNya lagi: "Dan janganlah kamu mencampakkan dirimu ke arah kebinasaan, dan hendaklah kamu berbuat baik, sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang berbuat kebaikan".

Oleh itu dapat difahami bahawa merokok adalah haram mengikut ukuran hukum syarak.

Oleh:
Dr. Nasr Farid Wasil
Mufti Kerajaan Mesir.

http://sitihaslizaa.blogspot.com/2008/07/merokok-haram.html


Harapnye... faham yer... aku yang tak merokok dan ahli keluarga juga tidak merokok pun mendapat kesan dari asap rokok dari perokok2 perokok DURJANA! Disebabkan kamu aku mendapat penyakit paru-paru. Korang tanggunglah dosa, kerana aku menderita.

0 Responses