Happy Father's Day
Alhamdulillah kami baru sahaja pulang dari program jemputan SMK Simpang Pulai, Kem Mutiara Kasih. Walaupun kepenatan, tetapi kami mampu tersenyum puas dengan hasil yang diperolehi. Semoga adik-adik semua terus istiqamah dalam perubahan.
Sifutaj sedang bersoal jawab dengan peserta
sempat lagi melayan anakanda tercinta
iyeaaah... bersemangat waja!!!
Pulang sahaja ke rumah bersiap untuk menyambut Hari Bapa secara suprise untuk papa. Ummuhaq membuat alasan untuk beli rotilah... sabunlah... kicaplah... padahal mencari kedai Kek dan Pastri. Alhamdulillah di hari Ahad, di saat banyak kedai tak mau berniaga teringatlah Secret Receipe... dalam hati tak maula beli kat secret receipe coz mahal... tapi ini je choice yang ade... mahal pun mahallah...
inilah keknyer... nasib baik dapat dalam hari hujan huhu...
Kami alhamdulillah dapat menyambut bersama kawan-kawan ayah angkat sunan Ridz Sensei dan Firdaus (marketer Qulhaq) walaupun Ridz Sensei baru sahaja membina masjidnya dan Firdaus masih bujang lagi....
Firdaus berbaju hitam dan Ridz sensei berbaju putih. Yang tengah tu papa dan sunan yang nampak gigi jer...
Walaupun pada Hari Ibu yang baru berlalu, papa 'terlupa' tak kisahlah... nak buat macam mana dah suami kita... dah kawin dengan segalanya 'tentang dia' redha jer la... harapnye ni lepas ni tak lupelah... :(
Teruja betul anakku...
Yang teruja dan gembira ialah Sunan... dia terlalu gembira... eeemmm mungkin dia tahu hari ini ialah hari bapa. Dia sudah semakin banyak perkara yang telah difahaminya. Adakalanya takjub akan kebesaran Allah s.w.t, anak yang baru berusia 1tahun 4bulan sudah memahami apa yang diperkatakan oleh orang di sekelilingnya... Allahu Akbar!
Sabar sayang... jangan terkam lagi!
SELAMAT HARI BAPA ABANG!!!