Sunan tak pandai nangis?
Sifutaj seorang yang mementingkan hubungan kekeluargaan. Ke mana sahaja beliau pergi, beliau akan berusaha sedaya upaya ummuhaq dan sunan akan turut serta. Jarang sekali kami ditinggalkan. Alhamdulillah setiap kali kami pergi jarang sekali sunan 'membuat perangai'. Semua orang pelik dengan sunan, 'baiknya dia...', 'tak pernah dengar suara', 'tak pernah nangis, 'aktifnya dia tapi tak ade suara' dan bermacam-macam lagi orang memperkatakan tentangnya. Sehinggakan En. Aziz (pensyarah Sifutaj di UPSI) kata "ish, budak ni tak pandai nangis.." puas beliau berusaha untuk membuatkan sunan menangis tapi tidak berjaya. Jika pergi ke rumah sanak saudara, mereka pun pelik kerana tak pernah dengar suara dia menangis hatta di waktu malam!
Faktor yang menjadikan sunan begini mungkin disebabkan kami berusaha sedaya upaya memperkenalkan erti sebuah perjuangan dalam kehidupan sedari di alam rahim. Manakan tidak, saat kelahiran sunan kami berada di Dusun Eco Resort (15.02.08). Ketika itu Sifutaj dijemput mengendalikan program Keibubapaan untuk ibubapa Kg. Janda Baik. Saya terpaksa turun dan naik bukit dengan keadaan sudah sarat. Selesai sahaja program (17.02.08), sunan pun lahir ke dunia. Oleh itu, sunan digelar 'anak program'! Sunan juga mempunyai ramai ibubapa, datuk dan nenek angkat :D.
Ya Allah, jadikanlah anak kami penyejuk mata dan seisi dunia. Jadikanlah dia hamba yang membela maruah agamaMu. Berikanlah dia kekuatan zahir dan batin agar tidak patah dalam perjuangan yang penuh cabaran. Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Satu yang kami agung-agungkan, yang kami sembah. Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Engkau Ya Allah Tuhan Yang Maha Berkuasa!
[gallery link="file"]