Sunan sudah pandai memanjat
Sekarang kami sedang berkampung di Pusat Latihan UITM di Kg. Gajah, Ipoh, Perak kerana Sifutaj mengikuti mesyuarat PPDa (hanya sifu je yg tau). Pusat latihan ni selesa, bilik pun lebih hebat dari hotel. Ummuhaq dan sunan hanya duduk di bilik. Sepanjang hari ini umuhaq berbakti kepada laptop uzur yg sudah berusia hampir 10tahun (dell c400). Ummuhaq memang suka mengarang dan menulis artikel untuk dibaca sendiri dan anda semua.
Dalam keadaan sedang mahsyuk menulis ni, dalam senyap-senyap si sunan bermain seorang diri. Bila dia sudah jemu, dia ajak saya 'join' bermain dengan dia. Tapi, tadi terasa lamalah pulak sunan main sendirian maka menjenguklah di sebelah ingin mengetahui keadaannya. Alangkah terkejutnya saya rupa-rupanya dia sudah berada di atas katil yang tinggal gelegarnye kerana tilam saya letakkan di bawah biar dia boleh berguling seorang diri. Rupanya dia lebih berminat untuk berguling di atas gelegar katil. Aduhai anakku... Lihatlah step sunan di bawah.
[gallery link="file"]