Selamat Hari Lahir Sayangku...
Bermula dari malam tadi ummuhaq menyusun dan memulakan tugasan untuk menyambut hari kelahiran buah hati pengarang jantungku dan suami. Sepatutnya kami menyambutnya 10 Safar lepas, tetapi disebabkan sifutaj banyak sangat urusannya maka terpaksalah mengikut tarikh masihi walau hati tidak rela huhu...
Bangkit sahaja subuh tadi, saya dan suami menyanyikan lagu 'Happy Birthday' dan jam 8 pagi suami sudah ke sekolah kerana ada latihan sukan. Kemudian, saya dan sunan sarapan bersama di balkoni rumah sambil memerhatikan gelagat papa mengarahkan 'itu' dan 'ini' kepada para pelajarnya. Almaklumlah sekolah di belakang rumah, jadi kerja mengintai papa je lah hihi...
Kemudian jam 8.45 pagi, saya dan sunan ke sekolah papa sambil menghirup udara pagi yang menyamankan dan membantu kulit kami mendapat vitamin D. Lantas kami berkudapan di kantin sekolah.
Sekarang, saya sibuk menguruskan rumah dan serba sedikit untuk menyambut majlis kesyukuran (main-main) anakku. Mengikut perancangan kami akan menyambutnya di dewan orang ramai yang berdekatan di sini bersama team badminton suami (ayah-ayah angkat sunan especially Ayah Ridzuan). Kalau ada aral kami buat di rumah sahaja.
Puding telur telah saya siapkan malam nanti, makanan beratnya insha Allah saya goreng je vegeroni spirals. Air beli jelah... Mudah-mudahan majlisnya semua berjalan dengan lancar.
Dan jika ada rezeki lebih dan masa, insha Allah kami juga akan menyambutnya lagi dengan para jemaah masjid berdekatan kuarters kami diiringi bacaan Ya a sin pada hari Khamis malam Jumaat dengan penuh kesyukuran.