Salam 'Idul Adha
Alhamdulillah ummuhaq masih diberikan kelapangan, kekuatan dan kemudahan untuk terus berkongsi apa sahaja di sini. Al-maklumlah bila menyambut hari raya, biarpun 'idul adha (8.12.08) ... tahun ni balik ke kampung sifu taj di marang, terengganu. Seperti yang kita tahu, di sana raya 'idul adha pun meriah sampai beraya ke rumah sanak saudara sama seperti 'idul fitri. Cuma bezanya, kalau 'idul fitri kita di hadapkan pelbagai biskut dan ape-ape jela, tapi 'idul adha kita akan jumpa banyak daging tidak masak dan di masak :)
Tapi sayangnya, petang hari raya pertama kami sudah bertolak pulang ke Tanjong Malim, Perak. Keesokannya (9.12.08) saya ada interview SPA di Jalan Cenderasari, Kuala Lumpur. Belum studi lagi ni... Saya cuma baca apa yang dirasakan patut. Ramai orang yang menghadiri temu duga ni, banyak jawatan juga... Alhamdulillah saya boleh kemukakan apa yang dikehendaki semasa interview.
Pada malamnya pula, kami pulang ke Ipoh kerana bosan duduk di Tanjong Malim. Lagipun, barang-barang yang agak penting sudah diangkat dan dibawa ke Ipoh. Kami ni kalau tiada aktiviti yang hendak dibuat mahu pecah otak dibuatnya. Mungkin sudah terbiasa ada sahaja perkara yang hendak dibuat. Saya pernah menangis kerana terlalu bosan, saya sudah terbiasa sejak sekolah lagi apabila ada masa kosong saya cari kerja dan pernah saya bekerja sebagai tukang cuci pinggan di sebuah gerai milik saudara saya!
Apa-pun saya bersyukur di sepanjang kehidupan yang telah saya lalui walaupun adakalanya tersadung juga kaki ni. Kita semua tahu, apabila di uji barulah terasa dunia ni kecil...