Maafkan daku...



Maaflah sudah lama tidak tambah info di blog ni... maklumlah menguruskan rumah tangga... sunan sekarang da 10bulan dan sudah semakin aktif. Giginya sudah 6 batang, tapi belum pandai berjalan.

Sebenarnya pada minggu lepas (sabtu 20/12/08), saya agak sibuk dengan mengambil lesen kereta! Itulah, selama ni memandu illegal (jangan mencontohi saya!). Wujud sahaja sunan di muka bumi di zaman penuh dengan fitnah ni, saya sudah tidak memandu. Tapi tidak lupa lagi cara memandu yang menjadi masalah sekarang, saya tidak pandai memandu dengan kereta manual. Suami ada mengajar secara manual, tapi tidak berapa faham. Maka pada hari sabtu tu jugalah, suami ajak saya balik kampung saya di pasir gudang semata-mata untuk belajar kereta manual milik adik saya. Suami saya ni memang macam ni...

Setibanya saya di johor jam 3pagi... setelah tidur dan urus apa yang dirasakan patut, pada petangnya saya belajarlah memandu kereta dengan adik saya (mira). Rupa-rupanya, mudah juga ya! Saya belajar mengambil masa lebih kurang 30 minit. Adik saya pesan, tekan klac dan minyak ibarat menjaga api... eeeemmm memang betul. Kemudian, kami pulang ke ipoh pada hari selasa. Doakan segala urusan saya dipermudahkan...
0 Responses