ADAKAH KAMU GOLONGAN YAHUDI @ NASRANI?

Tajuk formal untuk hari ini. Aku nak fokus kepada insan2 yg 1golongan denganku. Bukan ape... aku dapati sekarang terlalu ramai wanita yang masih belum memahami apa yang dimaksudkan dengan aurat dan apakah yang menjadi aurat. Bukan untuk memperkecil atau menghina tetapi membantu insan2 di sekeliling aku yang aku sayangi. Kepada mereka yang menjadikan idola, aku tak layak untuk dijadikan idola. Jadikan isteri para nabi sebagai contoh yang terbaik. Aku pon berusaha menjadikan isteri para nabi sebagai contoh dalam kehidupan. Kita buang jauh2 dari mencontohi golongan kuffar (orang yang engkar dan mensyirikkan Allah) kerana Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:


Bukanlah daripada golongsn kami (umat Islam) siapa yang menyerupai (meniru) selain daripada (cara hidup) kami. Jangan kamu menyerupai orang-orang Yahudi dan Nasrani (Kristian). (Riwayat Imam Tirmizi daripada Amru bin Syuaib daripada bapanya daripada datuknya)


Bahkan sabda Rasulullah s.a.w lagi (ini yang aku paling takut), maksudnya:


Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka ia dikira termasuk ke dalam golongan itu. (Riwayat Ahmad dan Abu Dawud dari Ibnu Umar r.a)


Kenapa kita tak boleh ikut orang kafir? Kerana, firman Allah s.w.t:


Kamu adalah sebaik-baik umat. (Surah Ali  Imran ayat 110)


So adakah kita tidak boleh berfesyen dan hanya memakai jubah hitam? Bukan... kita masih boleh berfesyen selagi membawa identiti sebagai seorang muslimah, menutup aurat dan tidak meniru orang kafir.


Apa itu aurat? Aurat dari segi bahasa ialah keaiban. Dari segi syara' pula bahagian-bahagian tertentu pada tubuh badan manusia yang  wajib ditutupi dari pandangan.


Oklah ini dulu... panjang2 aku berceloteh kat sini  nanti tak larat nak membaca pulak.


p1080112

0 Responses