Minggu yang penuh suka dan duka
Minggu ni penuh dengan aktiviti yang menyeronokkan. Yang paling best shoppingla... hehe... Nak rayakan... shopping baju raya, songkok raya, tudung raya, beg raya... sume raya lah... Sunan pon baik sangat! Dia kan macam pa&ma dia... suka berjalan.
Minggu ni juga kami boleh dikatakan memang berjalan sakan, berjalan kat Ipoh ni je... tapi memang happy! Terima kasih abang...
Minggu ni juga sambut besday papa. Besday papa sambut di Restoran Laksmana Cheng Ho, brsempena Iftar Ramadhan bersama-sama kawan-kawan sekolah papa. Disebabkan besday papa, maka terluaklah duit simpanan mama untuk membeli kek secret recipe, khas untuk papa!
Gambar? Cable kamera tak tahu papa simpan kat mana. Minggu ni papa kemas rumah! Dah cantik tau rumah i! Malam ni pasang lampu pelita. Best2... Malam nanti aku hias blog aku dengan gambar2 yang ntah ape2...
Yang duka? Semalam bawa sunan pegi klinik. Aku lupa nak check kalau bulan ni sunan kena cucuk! Lepas balik dari klinik aku terus suapkan paracetamol yg tlh dibekalkan. Tapi, sunan demam juga... Sudahlah, iftar petang tu ade celebration besday papa n iftar tapi alhamdulillah badannya ok. Suhunya normal. Tup tup tup pukul 3.35 pagi badannya panas mencecah 39.5 darjh celcius. Aku? ape lagi kalutlah... terus bangun kejutkan abang ajak p emergency.
Alhamdulillah panasnye surut 38.5 darjh celcius dan pagi tadi surut lagi 37.2... Dia tidur je sepanjang hari... Tapi, bila dapat dengar dia panggil "mama.." Allah je yang tau betapa girangnye hati ini... Sekarang sunan sangat ceria walaupun masih demam. Aku bahagia sangat... Tak sanggup tengok dia demam dan ter 'lepek' tak bermaya... Sunyi! Dia je la kawan aku, bila abang p sekolah.
Doakan kesihatan sunan. Emosi aku belum stabil lagi ni... kalau banyak salah taip.. "I'm Sorry..."