Celoteh Ramadhan

Bismillahir rahmanir rahim.


Aku ni sebenarnya bercadang nak balik kampungku yang bukan kampung di Johor. Tapi, nak balik hari ni tak sempat sebab abang sekolah petang, sampai rumah sibuk nak berbuka. Kemudian kami perlu menghantar tempahan CD ke Tanjong Malim. Kalau nak balik esok macam alang kepalang sebab ari Isnin dah kena balik sini semula. Macam penat jer. So hampalah, ummi dan adik2 kat rumah pon sama... Macam raya je baru dapat berjumpa dengan keluargaku. Dah hampir 2 bulan sunan tak jumpa jaddatun dan tok abi dia. Kesian sunan...


So aktiviti minggu ni... ape ek? Oh ya! Kak Aqmawati dah masuk wad, tunggu masa untuk bersalin. So, kita semua sama2 berdoa dia selamat ok! Aku nak pegi ziarah dia lah... Aku ni tengah kempunan nak tambah baby lagi... Sunanlah ni! Minta2 sangat. Sabar ye dik... Nanti kalau dah ade adik, dah kena tukar status jadi ABANG! Nanti jeles pulak!

0 Responses