Rahsia keluarga bahagia
Suami saya sering didatangi kaum hawa yang mengadu nasib ketidak bahagiaan mereka di alam rumah tangga. Almaklumlah kaunselor lah katakan... sudah tentu menghadap 1001 penyakit zahir dan batin. Zaman percintaan sebelum kahwin sudah tamat seusai lafaz ijab dan kabul dilafazkan. Sang isteri mengharapkan alam rumah tangga yang indah dan berbunga-bunga seperti sebelum berkahwin. Suami saya kepelikan mengapa hal ini berlaku, mengadu nasib kepada isteri pendengar setia. Saya tersenyum dahulu. Setelah suami mengadu saya pun menjelaskan:
1. Sebelum kahwin sukar untuk berjumpa dan masa terbatas. Maka selalulah bergayut kat telefon sampai telefon kepanasan dan telinga berdarah (over). Selepas berkahwin, selalu berjumpa atau jarang berjumpa kerana pasangan bekerja dan jarang-jarang telefon. Sampai kredit dah due date tapi tak habis-habis lagi kreditnye (ape kes hah?).
Sang isteri mengharap suami call, sang suami mengharap isteri yang call. Akhirnya kedua-duanya tak call. Ha! Ini tak boleh berlaku. Bagi anda yang membaca artikel saya ni, anda yang mulakan dulu. Kalau tak angkat? Mudah jer... hantar sekerap mungkin sms yang berbau cinta dan ringkas seperti: “Uhibbuki/ka jiddan jidda...” atau “ I Love U” atau “Rindu abang/ sayang...” Hantarkan ungkapan ini sekerap yang mungkin, agar pasangan tak sempat nak fikir mencari pasangan lain yang dirasakan lebih ideal berbanding sekarang.
2. Sebelum kahwin surat berguni-guni, selepas kahwin “No more letter after this, so easy” Memanglah easy sangat tak penat tangan... tapi, inilah the highest sentimental value tau! Nak susah ape... tulis nota ringkas seperti: “Abang... keje baik2... jangan nakal2... jangan lupe makan... sayang abang!” Kemudian, tak perlu lagi nak pos mengepos masukkan sahaja di poket baju atau seluar yang suami mahu gunakan untuk pergi kerja. Boleh juga di dalam dompet atau di dalam kasut!
3. Sebelum kahwin selalu bertukar hadiah, terutama di hari kelahiran. Selepas kahwin, haram 1 hadiah pun tak de sebab dah banyak bagi hadiah hantaran masa merisik, tunang dan kahwin set berdiri you! Tak bolehlah kawan... kena bagilah juga... walaupun suami terlupa, kita sebagai isteri tak salah untuk memulakannya dahulu. Nak bahagiakan? Berkorbanlah... kata lautan api pun sanggup redah (saya tak sanggup.... surrender).
4. Sebelum kahwin selalu bagi suprise, selepas kahwin dianggap buat suprise sudah buang tabiat. Ibarat Dr Ummi (lihat pada link sebelah) kata tabiat pelik-pelik memang kena buang kalau tak jadi penyakit :D. Tuliskan kasih dan sayang anda di buku nota atau dompet suami. Jika buka dompet suami, gambar kita belum wujud maka kita wujudkanlah... Biar suami atau pasangan tahu betapa kita menghargai kewujudan dirinya dalam hidup kita.
5. Sebelum kahwin pantang telefon dan berjumpa tak lekang “I love You” dah kahwin... tak de nye... Ish... Ish janganlah dibuang kata keramat tu... teruskan hingga ke akhir nanti.
6. Ikhlaskan diri dan niat di atas segala apa yang kita usahakan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Biar kemesraan wujud dan komunikasi yang berkesan di dalam rumah tangga. Jangan berselindung apa-apa pada pasangan. Banyakkan perkongsian tidak kira apa sahaja, hidup, makan, minum, kerja segalanya!
7. Bila sudah timbul kemesraan, barulah kita meminta... seperti: “Nurul selalu sebut I love you, abang tak sebut-sebut pun...” apabila suami out station, ingatkan dia untuk mencari buah tangan untuk kita. Kita yang perlu ingatkan, jangan malu untuk meminta nanti kita yang merana. Jika tunggu suami bagi bunga tapi tak dapat-dapat, jangan malu untuk memintanya.
Sepanjang berumah tangga, ini adalah antara amalan yang saya amalkan. Ada banyak lagi... tapi dah tak larat nak menaip. Saya tulis mana yang ingat je la... Jika ada sebarang pertanyaan dan perkongsian, jangan malu jangan segan untuk berkongsi walaupun jika saya lebih muda dari anda... Ada ilmu kita kongsi, jika tak tau kita bertanya... tak de salahnye...