Rahsia keluarga bahagia (Siri 2)

Eeeemmm kali ini ummuhaq nak berceloteh pasal karenah pasangan yang beribu-ribu karenah. Peringkat awal adalah peringkat taaruf, walaupun anda sudah kenal pasangan 10 tahun pun bukanlah satu jaminan anda sudah ma'aruf pasangan anda 100%. Adakalanya pasangan akan berubah sebaik sahaja aqad nikah seperti yang saya bicarakan sebelum ini. Saya juga sering didatangi sahabat-sahabat yang mengadu nasib tentang pasangan mereka. Ingin saya listkan masalah pasangan dan cadangan untuk menyelesaikan masalah anda, janganlah dibiarkan! Sedangkan masalah adalah ujian yang perlu diselesaikan bukan dibiarkan begitu sahaja. Nanti jadi barah!


1.       Pasangan pasif (pendiam)


Ada sebahagian pasangan anda terlalu pendiam. Pulang sahaja ke rumah dari pejabat tiada warna-warna ceria yang dibangkitkan atau gurau senda, terus menghadap TV kelu tanpa bicara. Jadi, andalah yang perlu mencungkilnya! Sediakan makanan petang yang special untuk pasangan dan ajak berbicara. Mungkin anda terlebih dahulu menjadi minah atau pak kepoh. Kalau dia buat tak layan, janganlah terus mengalah... Usaha tangga kejayaan! Chayo’!


2.       Pasangan agresif (kepoh lagi kecoh)


Ada juga pasangan yang terlalu agresif, kepoh sangat! Eeeemmm kepoh susah, diam pun susah ek? Sebab itulah perlu kesederhanaan di dalam setiap aspek kehidupan. Tapi ingat! Manusia tak lari dari kesilapan. Allah bersifat Maha Pemaaf, jadi berusaha menjadi pemaaf. Kembali kepada masalah, pasangan yang terlalu agresif, dorongkan mereka agresif kepada perkara yang bersifat positif, berfaedah dan berpahala apabila melakukannya. Elak dan didik pasangan dari mengeluarkan kata-kata nista, kesat dan mendatangkan dosa. Berkomunikasi secara tenang... Banyakkan bersabar. Bagi mereka masa yang panjang untuk berubah. Terus dan terus mendidik tanpa jemu. Anda sudah berkahwin segalanya tentang dia... Ingat! Dia adalah pilihan anda. Ajak pasangan mendekati masjid, majlis ilmu dan orang yang berilmu supaya dia merasa segan. Dakwah bil-hal seperti qudwah hasanah sangat diperlukan untuk menangani masalah pasangan seperti ini.


3.       Pasangan pendiam tapi baran


Ada pasangan jenis tak banyak bicaranya, tetapi apabila ada sesuatu yang tak berkenan di hati dia cakap sikit lepas tu terus marah, pukul dinding dan tutup pintu kuat-kuat sebagai tanda protes. Peringkat awal, anda dorongkan dia supaya menjadi seorang yang mesra alam. Memang mengambil masa yang agak lama, sabarlah... Bila masa marah dia datang, biarkan segalanya tenang dulu. Jangan dilayan marahnya sebab nanti jadi berpanjangan. Kalau sudah lama marahnya, tackle lah... masakan makanan kegemarannya biarlah jika anda adalah suami, tak salah pun nak masakan untuk dia. Atau kalau susah-susah sangat belilah kek secret recipe ke hehe... atau apa sahaja kesukaan dia. Tak salah anda mengalah. Perangai manusia ni memang macam-macam. Bila dia dah start nak bercakap tentang marahnya, dengarlah dulu... biar pun menyakitkan telinga dan hati. Apabila sudah habis bicaranya, anda minta maaf dan berikan keterangan. Lepas gaduh, terus lakukan apa sahaja aktiviti bersama seperti memasak, membasuh, mengemas, membaca buku, menonton tv atau apa sahaja yang boleh mengembalikan kemesraan rumah tangga anda.


4.       Pasangan agresif dan baran


Pasangan ini boleh dikatakan banyak mulut, petah berkata-kata kemudian pemarah. Pantang silap sikit, bicaranya bak peguam yang sedang membicarakan kes. Dialah peguam dan dialah hakim! Si pasangan selalu buntu dibuatnya. Segala keputusan dia adalah pemutus secara mutlak dan PUTUS! Jangan anda sangka tiada! Terlebih dahulu anda sebagai pasangan yang berikrar sehidup dan semati dengannya, terimalah dan fahamilah diri si dia walaupun dia tidak memahami anda. Dalam perhubungan ini memang menuntut 1 juta pengorbanan dan kekuatan dari Allah s.w.t. Banyakkan berdoa kepada Allah s.w.t agar dilembutkan hatinya. Segala pehubungan menjadi tradisi adanya babak air mata seperti kebanyakan drama. Apabila moodnya ok, bicara dengannya secara baik. Luahkan perasaan yang dialami. Jangan dibiarkan perasaan anda. Komunikasi yang bijak dalam perhubungan sangat-sangat dituntut. Latihkan dirinya melakukan aktiviti spiritual yang dapat melembutkan hati kita dan pasangan seperti solat berjemaah, zikir berjemaah, tadarus al-quran, bacaan al-quran menjadi kelaziman di rumah dan ada juga pendapat dari ustaz ketika saya menuntut di zaman sekolah menengah bahawa aktiviti mencuci tandas juga dapat melembutkan hati (tak tau kenapa), tapi saya memang buat. Macam ade betulnya! Jika anda yang baran! Lembutkanlah hati anda... buatlah seperti yang saya cadangkan kerana saya ni pun agak baran. Saya sudah mengamalkan amalan yang saya suggest di atas... Terbukti berkesan!


Sebenarnya ada banyak lagi karenah yang tidak dapat saya huraikan di sini, saya cuma mengambil contoh-contoh kes yang banyak membawa kepada penceraian. Dari kajian yang telah saya lakukan, punca kes-kes di atas adalah kegagalan komunikasi yang bijak. Bagi anda yang baru sahaja di alam rumah tangga, berusaha tangani dari sekarang! Gunakan konsep SIFUTAJ – DIN iaitu D – DO, I – IT, N – NOW. Melakukan perkara yang baik usah ditangguh. Jangan malu untuk berubah!


Saya mendoakan kebahagiaan kita semua. Perkara terpenting di dalam hidup ini ialah:


1.       Berubah


2.       Berusaha berubah dan mengekalkan perubahan


3.       Ikhlas dalam berubah


4.       Redha dengan ketentuan


5.       Tawakal segalanya kepada Allah


Corakkan dan warnakan rumah tangga anda supaya menjadi indah. Bukankan alam rumah tangga adalah syurga sebelum syurga! Syurga sebelum syurga adalah kemakmuran dan kebahagiaan di alam rumah tangga. Dengarkanlah lagu yang mengasyikkan ini, BERUBAH


httpv://www.youtube.com/watch?v=fiqKAsJNeKY

0 Responses