Harga Sebuah Iman
Ummuhaq terpanggil untuk memahat sedikit nilai sebuah iman dan islam. Selepas matinya hamba Allah yang bernama Maria Hertogh atau Bertha Hertogh, yang pernah menganut agama suci iaitu Islam dengan menggunakan nama Natrah.
Tidaklah saya mahu menceritakan sejarahnya dari A - Z sekadar berbicara sukarnya mereka yang mahukan Islam dan cintakan Islam tapi ditentang dan dihalang. Manakala mereka yang sudah Islam dan bebas untuk beramal ajaran Islam meringan-ringankan, memperlekeh dan yang lebih menyakitkan lagi mengguriskan hati ini berbuat perkara yang menghina dan merosakkan nama agama Islam yang tercinta.
Bagi yang tidak bertudung pula lain ceritanya... begitu ramai muslimat di luar sana berjuang mempertaruhkan nyawa untuk menyelamatkan 1helai tudung di kepala. Tapi di Malaysia... tidak suruh dibuang pun tudung di kepala dia buang dengan sendirinya. Seperti kisah Marwa Al-Sherbini... (http://www.presstv.ir/detail.aspx?id=100594§ionid=351020604) dia mempertaruhkan nyawa demi mempertahankan jilbabnya. Dia syahid dengan membawa kandungan yang berusia 3 bulan. Suami pula dalam keadaan kritikal kerana membantu sang isteri yang ditikam sebanyak 18 kali dan sedang dia sendiri ditembak. Aduh! Tragisnya... Kau tempatkanlah dia di sisiMu, para syuhada' dan para nabi...
Saya sangat-sangat menyeru sahabat semua! Kita jagalah dan peliharalah maruah agama kita... Perjuangan apakah yang mahu kita perdagangkan kepada Allah, jika maruah agama kita sendiri tidak mampu kita pelihara. Jika Rasulullah s.a.w dan sahabat mempertaruhkan nyawa dan segalanya demi membela agama dan maruah maka apa yang kita pertaruhkan?