Durian RM 1 500?

p1060270


wajah ceria nak jupe jaddatun dan tok abi


p1060278


sempat lagi... hehe


Percaya atau tidak harga durian yang entah berapa biji RM 1500? Hehe, sebenarnya hujung minggu yang baru sahaja berlalu, ummi memaklumkan kepada saya yang di kampung nenek duriannya tengah gugur banyak. Kalau tak balik, tak tahulah ada lagi ke tidak nanti. Jadi, suami kebetulan program pada minggu itu telah ditunda kepada minggu berikutnya maka pulanglah kami ke Pasir Gudang pada hari Jumaat jam 9.00 mlm. Setibanya di Johor jam 3.40 pagi 'berdentum' kereta peugeot ku ini dengan 'sesuatu' entah tak dapat dipastikan, rasanya kon merah yang selalu berada tepi jalan tetapi kali ini di tengah2 jalan (Gilak!!). Alhamdulillah sudah hampir dengan rumah keluargaku, tak berhentilah tengok keadaan kereta. Setiba di rumah, suami menjenguklah keadaan kereta, plat kereta patah dan tiba-tiba kereta panas rupa-rupanya radiator bocor, air keluar macam paip! Alhamdulillah sampai rumah, kalau terjadi kat tempat lain... tak tahulah bagaimana keadaan saya dan sunan. Tapi, sedey lah juga... baru 1bulan pakai.


p1060285


Ayah dan abang


p1060287


No plat kete AGU 454 pun da x de...


Di waktu paginya, ayah dan abang melihat keadaan kereta yang sebenar rupanya ada masalah lagi kipas pun hancur berderai! Ujian... ujian... durian punya pasal. Suami dan ayah pergilah hantar kereta untuk dibaiki. Nak cari spare part untuk peugeot ni bukannya senang, pada isnin barulah siap. Maka pontenglah suami dari pergi sekolah. Saya ada bertanya suami, "inikah harga durian yer... RM 1500. Sebab itulah harga baiki kereta." Suami pun menjawab "ish, mana boleh sama... ni kan ujian..."

0 Responses