Bersyukur Aku Punya Ibu Solehah
Dialah Ibuku yang ku panggil ummi. Hari ini saya tak tau kenapa bercerita tentang ummi. Mungkin kerna rindu walaupun baru 2 minggu tidak bertemu dan akan bertemu pada minggu depan. Padahal dulu hati kecilku sering juga memarahi dan merajuk dengan ummi sebab aku sering disuruh buat itu dan ini... iyelah anak sulung... Aku sering dileteri dan dimarahi atas silapku sendiri. Dulu rasanya mahu aku tukarkan ummi yang aku rasakan dia garang seperti harimau kepada seorang bidadari yang sentiasa melayani ku dengan lemah lembut dan tidak pernah memarahiku.
Tapi itu dulu... biasalah zaman kecik2 zaman nakal2... Apabila menginjak remaja lain pula jadinye... iyelah remaja ni banyak khayalan dan perasaannye. Aku rasa ummi 'pilih bulu' dan tak sayangkan aku... Aku sering juga menunjukkan protesku... Tapi... ummi semakin berubah, ummi melayaniku seperti kawan yang paling akrab. Jadi status ummi suka 'pilih bulu' sudah dibuang sebab kami sudah jadi 'best fren' hatta citer boyfren pun aku citer dengan ummi. Ummi siap sediakan boyfren... haha!! tapi tak kekal. Kemudian, aku punya boyfren sendiri... Itupun aku minta izin dari ummi dulu, itu yang kekal sampai hari ini... hehe
Apabila berkahwin kami agak renggang sedikit mungkin aku terlalu sibuk dengan urusanku sebagai 'businesswomen'. Tapi tak kekal, sebaik aku mengandung dan mengharungi saat melahirkan maka kami kembali akrab. Tambahan dengan ujian-ujian yang aku lalui dan ummi tidak putus memberikan nasihat dan motivasi kepadaku yang ketika itu bersedih je... sebab sunan le ni... mana tidaknya doktor tidak memberikan apa2 harapan. Masa tu, aku memang tak boleh pandang baby trus sedih dan nangis.. ape lagi jelesla... orang yang beranak sama2 dengan aku da tido dengan baby masing2, da dapat susukan baby, da dapat cium baby, da dapat dokong baby dan aku yang 1st time dapat baby tak merasa sume itu selama 15 hari! tapi dengan ape yang aku lalui aku bersyukur sebab dalam masa 15 hari aku sudah agak sihat dan tidak perlu berjaga malam untuk bagi baby susu hehe.... Maha Mengetahui dan Maha Memahami nya Engkau Ya Allah. Kemudian ummi, ayah dan abanglah orang yang PALING BANYAK BERKORBAN! orang yang paling memahami aku.
Bila dah diamanahkan untuk membesarkan baby iaitu sunan. Maka kami sebagai ibu semakin akrab. Apatah lagi sunan ialah cucu sulung ummi dan ayah. Of cosla cucu kesayangan haha... jangan korang jeles adik2ku... Dengan karenah sunan yang kelakar, menjadikan kami sering berhubung. Seperti sekarang setiap hari aku akan call ummi. Sehari entah berapa kali aku call. Aku rasa ini mungkin dapat membahagiakan ummi. Kini aku selalu berusaha bagaimana untuk membahagiakan dan membuatkan insan bernama ZAINON BT SURATMAN ini sentiasa ketawa.
So sekarang aku kenal ummi. Aku dah tak nak tukar dan cari ummi lain sebab aku bangga dengan ummi aku, dia insan yang solehah yang sentiasa mendoakan aku dan semuanya agar kami bahagia di dunia dan akhirat. Aku bahagia sebab ummi selalu mendoakan aku. Adik2 aku berjaya sebab ummi mendoakan mereka. Aku tak nak ummi lain dah...