Welcome Back!
Adus! lama sungguh tangan hamba tidak bergedik-gedik di atas keyboard ni... Rindu betul hamba ini kepada sahabat-sahabat maya. InshaAllah selagi jari ku ini masih berfungsi, jantung ku berdegup dan masih bernafas akan ku teruskan perjuangan ku sebagai penegak yang HAQ. Tapi, buat masa ni tak boleh nak upload gambar sebabnya tersalah pilih pakej streamyx. Kalau nak tengok gambar tunggu 3 bulan akan datang yer...
Untuk makluman sahabat semua, sunan sekarang sudah 1tahun 2bulan. Buat masa ni belum pandai berjalan, merangkak sudah laju dan mulut sudah banyak perkara yang sudah pandai dibicarakan. Jumaat baru ni, ummuhaq dan sifu taj terkejut sangat kerana sunan sudah pandai cari beg dan mahu ke sekolah. Ini yang memeningkan kepala, sebab sekarang saya sudah mengajar. Saya di sebelah pagi dan sifu di sebelah petang. Yang menjadi masalah, apabila kami mahu ke sekolah dia pun mahu ikut dengan begnya. Macam mana? Kaki belum pandai berjalan tapi dah sibuk nak ke sekolah. Budak umur 1 tahun dah tahu nak ke sekolah? Tak tahulah dunia sekarang...