Selamat Hari Guru!
Selamat hari guru buat ummi, ayah, nenek, adik-adik, kawan-kawan dan semua yang bergelar guru. Anda semua telah mengajar tentang erti sebuah kehidupan untuk saya terus melangkah gagah di bumi Allah s.w.t.
papa dan sunan di Medan Ikan Bakar. Cg Norzilah suka tengok gelagat sunan
16 Mei sambutan hari guru dijalankan di Marina Cove, Teluk Batik, Manjung. So fantastic! Walaupun ini adalah pengalaman pertama meraikan sambutan hari guru, tapi sangat menarik program dan aktiviti yang dianjurkan oleh guru2 SK Coronation Park. Bersama anak tercinta dan ahli keluarga guru-guru lain menggamatkan perasaan. Inilah memori terindah akan saya simpan buat selamanya.
tengok sape tu?
Sambutan di sekolah pula dilakukan pada hari Isnin, 18hb 6. Tak sangka pula ummuhaq ada ramai peminat... hehe. Guru terbanyak yang dapat hadiah pulak tu... Malu pula dibuatntya. Apa-apa pun, terima kasih buat semua guru dan murid yang banyak membantu saya sepanjang berada di sekolah ini. Saya sudah jatuh cinta kepada seluruh warga SK Coronation Park. Ustazah doakan, kalian semua diberkati dan dirahmati Allah. Semoga Allah s.w.t sentiasa melorongkan hati kita kepada perkara kebaikan sahaja. Amin...
hihi... bersama anak-anak tahun 4