Sakit... Ujian...

makan ubat

Sifu Taj demam dan selsema pada 14.01.08, virus selsema diperolehi daripada pelajar-pelajarnya di sekolah. Diikuti pula sunan bermula 18.01.09 jam 11 malam dan sembuh 25.01.09. 19.01.09 saya dan suami membawa sunan ke klinik pakar kanak-kanak di bandar Ipoh. Diberinya ubat demam dan selsema dan jumlah bayarannya ialah RM55.oo sahaja. Mahalnya... ubatnya kalau beli di farmasi baru RM20.00. Tetapi keadaan terdesak, saya terlalu risaukan sunan kerana seperti yang telah saya maklumkan sebelum ini sunan lahir dalam keadaan kritikal. Jadi saya sentiasa berwaspada, walaupun demam saya perlu bertindak segera. Cukuplah sekali sunan mati dan hidup semula...

Setelah sunan sembuh, mamanya pula yang demam dan selsema. Itulah sebabnya saya tidak banyak menulis di blog ni. Ini pun menaip dengan tisu di sebelah. Tetapi apa yang penting di sini ialah sakit ialah ujian... dan sebenarnya Allah s.w.t menghendaki kebaikan dari kita.

Seperti sabda Rasulullah s.a.w, hadis riwayat Bukhari maka sudah pastinya sahih iaitu:

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Siapa yang Allah kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya Allah mengujinya."

Bahkan dosa juga akan terhapus bila datangnya ujian. Seperti sabda Rasulullah,

Daripada Abu Sa'id al-Khudri r.a dan Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Tidak menimpa seorang mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan dan kesedihan melahan kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya." Riwayat Sunan Bukhari dan Muslim.

Perkara yang paling penting ialah sabar, redha dan ikhlas. Jangan salah anggap kepada pencipta yang agung. Ciri-ciri ini ialah ciri-ciri hamba yang mukmin. Wahai diriku yang lemah... bersabarlah...
0 Responses