Mana Halal Mana Haram?

 burn-money


Dunia hari ini sudah tunggang langgang. Sudah tidak dapat membezakan mana betul, mana salah. Mana halal, mana haram. Mana syaria’t, mana laknat. Manusia kini terlalu rakus, rakus kepada material. Lebih jelas lagi ialah DUIT. Ya! Memang dunia terlalu mendesak untuk mendapatkannya, jika tidak anak dan isteri kelaparan dan kita hidup melata lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi sedang jatuh merudum dan tersungkur. Tetapi yang menjadi kemusykilan ialah perlukah kita menjadi HAMBA kepada duit? Adakah kerana duit yang haram pun mahu dikaut? Adakah kehidupan akhirat itu tidak pasti? Adakah janji syurga itu tidak benar? Adakah Allah tidak memberikan kita hidup dan rezeki? Sedangkan dia boleh menghidupkan kita di alam rahim ibu yang gelap dan sempit, apatah lagi dunia ini yang luas. Bahkan hidup, mati, rezeki dan jodoh sudah ditetapkan. Rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah patut dijemput oleh kita dan bukan untuk dicari.


Masalah kita pada hari ini ialah kita mencari duit, ibarat terhegeh-hegeh, maaflah jika agak kasar bahasa penulis ini. Sanggup hilang saudara kerana duit. Sanggup makan kawan kerana duit. Sanggup makan dan beri rasuah kerana duit. Lebih malang lagi, sanggup bunuh hamba Allah kerana duit. Kegilaan yang tidak dapt dibendung lagi. Bukankah ini semua bukti bahawa perHAMBAan duit berleluasa?


Perkara yang lebih menyedihkan lagi ialah mereka yang mengaku diri sebagai pendakwah, pendidik dan segala yang berkaitan juga gila dan hamba kepada duit. Meletakkan duit sebagai prasyarat dan agenda untuk menjebakkan diri dalam dunia pendidikan. Ya, memang duit sangat diperlukan dalam dunia hari ini, nak ke sana duit, nak ke sini duit. Tetapi, ikhlas adalah pokok utama. Yakinkan diri bahawa Allah yang beri kita makan. Jika diisi perut ini, anak dan isteri dari sumber yang haram bagaimana kita mahu menjawab persoalan Allah. 


Penulis ingin memberi satu situasi sebagai contoh iaitu In Touch Sdn Bhd telah membuka tender motivasi secara terbuka. Nurul mahu memasuki tender dengan bayaran RM 20 000. Kemudian dia telah mendapat tawaran bantuan daripada Tajudin dari bahagian pengurusan In Touch, tetapi ada satu syarat iaitu Nurul perlu memberikan 20% sebagai saguhati kepada Tajudin kerana telah membantu Nurul untuk mendapatkan tender.


Situasi di atas jika Nurul menerima, bermakna memberi rasuah kepada Tajudin dan tidak perlu bersusah payah untuk bersaing dengan orang lain. Jadi, apakah hukumnya? Ibarat Prof Izzi “Renung-renungkan dan selamat beramal…”

0 Responses