Ya Allah Tuhan yang Maha Pemurah, Bantulah hamba-hamba Mu di Palestin
Setiap hari aku menonton televisyen, keluar khabar berita saudara-saudaraku dari Palestin. Tiada daya aku mendengar dan menontonnya. Apatah lagi, hari ini penduduk Gaza tiada lagi tempet untuk mereka selamatkan diri hatta hospital! Hiba dan menangis dibuatnya. Tak tahu apa yang mampu dilakukan. Hanya doa yang tulus sahaja dapat dikirimkan dari angin lalu. Bagaimanakah keadaan mereka sekarang? Anak-anak kecil yang tiada kudrat dan kekuatan bagaimana? Di manakah mereka berteduh? Di manakah mereka menyelamatkan diri? Bagaimana makan minum mereka? Ya Allah ku mohon bantuan Mu Ya Allah... Payungilah mereka dari sebarang kecelakaan... Hamba-hamba Mu ini terlalu mengharapkan bantuan dari Mu Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Sebaik-baik Penolong dan tempat bergantung harap.