Wuduk Sebagai Senjata Kaum Beriman

 


wuduk


Wuduk Senjata Kaum Beriman


Maksud firman Allah:


Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.


Al-Maidah: 6


Wuduk bukanlah sekadar aktiviti pembersihan organ-irgan luar tubuh dan bukan pula sekadar pensucian tubuh beberapa kali dalam sehari, akan tetapi pengaruh kejiwaan dan transedensi rohani yang dirasakan seorang muslim setelah wuduk sungguh merupakan sesuatu yang lebih dalam dan tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata. Apalagi jika dilakukan secara sempurna dan mengerti persis tatacaranya.


Wuduk mempunyai peranan yang besar dalam kehidupan seorang muslim. Wuduk menjadikannya selalu dalam keterjagaan, vitaliti dan kebersinaran (aura). Mengenai hal ini, Nabi s.a.w sebagaimana riwayat Muslim, bersabda maksudnya:


Barangsiapa yang berwuduk kemudian membaguskan wuduknya, maka keluarlah dosa-dosa dari dalam tubuhnya hingga keluarlah apa yang ada di bawah kuku-kukunya.


Baginda juga bersabda bermaksud;


Tiada yang terbiasa melakukan wuduk kecuali ia benar-benar mukmin.


Sabdanya lagi yang bermaksud:


Barangsiapa yang berwuduk, lantas menyempurnakan wuduknya dengan membasuh kedua tangannya dan wajahnya, lalu mengusap kepala dan kedua telinganya, kemudian bangkit melaksanakan solat fardhu, maka Allah akan mengampuni dosanya pada hari itu. Kakinya tidak akan melangkah menuju dosa, kedua tangannya dibelenggu untuk melakukannya, kedua telinganya tidak mendengarnya, kedua matanya tidak melihatnya dan dirinya tidak berbicara buruk sama sekali.

0 Responses